Wednesday 18 June 2014

Apa Masalah PAS Dengan MAIS......!!!???

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata PAS perlu mengemukakan alasan bagi saranannya untuk menarik kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS, walaupun PAS bersungguh-sungguh untuk meminda undang-undang untuk menghapuskan kuasa eksekutif badan itu. "MAIS sekarang ini sudah elok dan baik, malah antara yang terbaik. Jadi apa masalahnya hendak tarik kuasa mereka"? "Kita pembangkang tak ada masalah dengan institusi ini. Jadi saya minta anda tanya PAS apa masalah mereka dengan MAIS ini?," kata beliau. Beliau tetap bertanya demikian selepas dimaklumkan bahawa PAS berhasrat agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi. PAS juga mengemukakan alasan bahawa MAIS tidak seharusnya diberi kuasa eksekutif kerana ia dilihat rapat dengan Sultan Selangor. "Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi (Istana) itu sendiri," kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

No comments:

Post a Comment