Monday 30 September 2013

Cigarette Prices Go Up.......!!!

British American Tobacco (BAT) Malaysia has announced a new price increase for its cigarette brands effective 30 Sep 2013. The new price for a pack of 20 cigarettes for Dunhill, Kent and Benson & Hedges will now cost RM12 each. Pall Mall and Lucky Strike Plains will cost RM12.50 and Pall Mall and Peter Stuyvesant will cost RM10.50. The last price increase for BAT cigarette brands was in June 2013. Meanwhile, a taxation expert said excise tax hikes needed to be implemented gradually to avoid destabilising the legal cigarette market. International Tax and Investment Centre president Daniel A. Witt said an increase that was too high implemented over too short a term could shock the market and create a demand for black market goods. “Increasing excise tax should be done in a predictable way to stabilise the legal market, meaning those who can be taxed,” said Witt, who presented the “Asia-11: Illicit Toba­cco Indicator 2012” study to the media. Asia-11 is a report on the illicit cigarette trade among 11 countries in 2012. He was speaking on the recent increase of tobacco excise tax of 14% that was gazetted by the Government. Witt said illicit cigarette trade had increased by 40% in the past eight years, caused by the steady increase of tobacco excise tax to its current level of 48%. The report also stated that the Government lost an estimated RM1.9bil in taxes last year and had the third highest consumption levels of illicit cigarettes among the countries surveyed. Meanwhile, Netizens and observers said the price increase would make no difference to smokers here. Facebook user Benjamin Azad said while it was easy to blame tobacco products for health issues, it was unfair to do so.“Why is no one taking action against fast food, processed meats, carbonated drinks or even the cooking oil used in restaurants? This is an unfair judgment,” he said. Steven Lee said trying to curb smoking by increasing the price was pointless as it would “just drive smokers to smoke smuggled cigarettes.” Chief activist of Malaysian Islamic Consumers Association Datuk Nazmi Johan said the price increase, while good, wouldn’t do much to stop people from smoking.

Bakal Calon PRK Sungai Limau: BN Kedah Akan Cadang Tiga Nama....!!!

BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon PRK DUN Sungai Limau. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan itu mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu. "Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan PRK Sungai Limau. PRK DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 Sep lepas. Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau. Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang. BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya. Pada mesyuarat tersebut, Mukhriz berkata beberapa Jawatankuasa Khas bagi menghadapi PRK Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu. Adakah bakal calon UMNO bagi PRK Sungai Limau yang dimaksudkan adalah Dr Suhaimi Lazim (Pensyarah UPSI), Hamid Mansor (bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik) dan Datuk Suhaimi (Ketua UMNO Bahagian Jerai).....??? Siapapun bakal calon UMNO di Sungai Limau nanti bukanlah isu besar kerana yang lebih penting UMNO perlu bersatu dalam menggerakkan kempen secara bersepadu kerana Tidak Mustahil UMNO merampas kerusi DUN Sungai Limau dalam PRK nanti....Insya'Allah.

PRK Sungai Limau: Underdog UMNO Bakal Menggempur.......!!!

PAS dilihat terlalu yakin bahawa mereka mampu mempertahankan DUN Sungai Limau dalam PRK nanti berdasarkan khidmat bekas Menteri Besarnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan itu sebelum ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan telah berjaya mengekalkan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut. "Ini maruah kita. Lima penggal PAS mengekalkan kuasa bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti," katanya. PAS dijangka menggerakkan jentera supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu dan Matmerapu difahamkan bahawa Jawatankuasa Khas ditubuhkan sebagai persiapan menghadapi PRK nanti. "Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar," katanya. Pada PRU lalu, Azizan berjaya mempertahankan DUN Sungai Limau selepas menewaskan calon BN dan dua calon Bebas dengan majoriti 2,774 undi. Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mengakui BN sebagai 'underdog' dalam PRK kelak dan mengakui DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS. "Maksudnya, kita datang ke sini dalam keadaan kecil dan peluang untuk menang juga payah... Ini satu pengakuan". "Cuma kami sebagai sebuah parti yang menepati janji, menawarkan satu bentuk peluang kepada rakyat Sungai Limau untuk bergerak bersama dalam arus pembangunan perdana yang kita sedang rangka untuk Kedah". "Oleh itu kita dapat pastikan peluang untuk kita bawa kemajuan ke seluruh pelusuk Kedah lebih meluas, tidak kira di kawasan yang ADUN dari PAS atau BN," katanya. Manakala, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 3 Oktober ini untuk menetapkan tarikh PRK DUN itu selepas menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi itu. Walaupun UMNO dilihat sebagai underdog namun untuk menawan kerusi DUN Sungai Limau bukanlah satu perkara yang mustahil. Matmerapu turut difahamkan bahawa bakal calon PAS adalah dari kepimpinan PAS Kedah dan merupakan seteru Allahyarham Tan Sri Azizan yang sering bertindak secara counter productive terhadap segala usaha Allahyarham sewaktu PAS memerintah negeri Kedah. Pemilih berdaftar DUN Sungai Limau diseur agar bangun membela Azizan dengan memprotes dan memberi kemenangan kepada calon BN/UMNO. Calon PAS perlu diberi pengajaran pahit kerana menjadi "petualang" dan "pengkhianat" terhadap Allahyarham. Kekalahan PAS pada PRK nanti juga tidak akan merugikan rakyat Sungai Limau malah bakal menggamit arus pembangunan demi kesejahteraan kesederhanaan. UMNO sebagai underdog juga bakal menggempur DUN Sungai Limau demi kesinambungan keselesaan hidup rakyat kerana calon PAS adalah MUSUH Allahyarham Tan Sri Azizan......!!!

Sunday 29 September 2013

PRK N.20 Sungai Limau: Siapakah Calon BN.......!!!???

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Limau di Jerai kini kosong ekoran kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, tetapi UMNO membayangkan sudah mempunyai dua nama yang sesuai untuk PRK nanti. SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRK tersebut dan akan bermesyuarat pada 3 Okt ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. Dua calon yang dibayangkan UMNO ialah Dr Suhaimi Lazim pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau. Manakala seorang lagi ialah bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Hamid Mansor, anak tempatan Sungai Limau. AJK UMNO Jerai, Abdul Aziz Din berkata, parti itu mesti meletakkan calon ada pendidikan agama yang tinggi bagi berdepan dengan calon PAS. Oleh kerana Sungai Limau adalah kubu kuat PAS, UMNO tidak boleh meletakkan calon sembarangan. Calon yang berlatarbelakang agama dianggap lebih sesuai kerana DUN ini adalah kawasan Melayu dan terdapat empat sekolah pondok. “Dua nama itu merupakan calon yang sesuai untuk menghadapi PAS di Sungai Limau, tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya. Sungai Limau, kata Abdul Aziz, merupakan kubu PAS, malah allahyarham Tan Sri Azizan sudah menjadi ADUN sejak tahun 1995. Pengaruh Azizan cukup besar di Kedah apatah lagi di Sungai Limau meskipun tidak sepopular Mohamad Sabu mahupun TG Nik Aziz Nik Mat, tambah beliau. Kekuatan PAS di Sungai Limau kerana ada beberapa sekolah pondok agama yang lebih cenderung kepada PAS. Salah satu ialah pondok Pak Ya, sekolah pondok yang diasaskan oleh ketua ulama PAS Kedah, Datuk Yahya Othman. Oleh kerana Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, parti itu tidak sukar mencari calon pengganti Azizan. BN khususnya UMNO yang diberi mandat telah kalah tiga kali berturut-turut termasuk pada PRU13, 5 Mei lalu. Bagaimanapun, Matmerapu melihat di bawah kepimpinan baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, peluang calon UMNO menang kerusi Sungai Limau menjadi 55% berbanding PAS 45% tanpa mengambilkira factor calon. Beliau berkata, Mukhriz bukan sahaja diterima oleh penyokong UMNO tetapi juga di kalangan orang PAS kerana mereka turut bekerja memenangkan Menteri Besar itu dalam PRU lalu.

Wednesday 25 September 2013

Al-Fatihah......Bekas MB Kedah Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia pada 26 Sep 2013 jam 11.10 pagi. "Innalillah...... Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, pemimpin Pas dan pejuang gigih PAS yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya,". Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius. Allahyarham dilaporkan mengalami masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik. Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ramalan Awal Naib Presiden UMNO: Siapakah Bakal Menang........!!!???

Perebutan 6 penjuru bagi kerusi Naib Presiden UMNO bakal digegarkan lagi dengan sumber sumber Matmerapu, bahawa Hishamuddin Hussien dan Shapie Apdal (sebagai penyandang jawatan) bakal kecundang dalam pemilihan UMNO 19 Okt nanti. Siapakah yang mungkin akan menang.....??? Mereka adalah Mukhriz Mahathir, Zahid Hamidi dan Isa Samad. Menurut sumber Matmerapu dalam UMNO, jika Mukhriz menang besar sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini, kerusi Timbalan Presiden UMNO yang dipegang oleh Muhyiddin Yassin bakal turut tergugat dalam siri pemilihan UMNO akan dating......!!!??? Mukhriz selain mewakili generasi muda UMNO, dilihat lebih dominan untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat kepada Dato' Sri Najib Tun Razak. Ramalan awal Matmerapu berteraskan peratusan sokongan sulit wakil pemilih UMNO, kedudukan setakat 25 sep 2013 adalah seperti berkiut: Mukhriz Mahathir 46.5% (89 undi), Zahid Hamidi 40.2% (77 undi), Isa Samad 39.5% (75 undi), Hishamuddin Tun Hussein 22.8% (44 undi), Ali Rustam 22.3% (43 undi) dan Shafie Apdal 18.6% (36 undi). Matmerapu akan terus memantau dan menganalisis peratusan tahap sokongan ini dengan dibantu oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada 191 UMNO Bahagian. Apapun....setiap pertandingan sudah pasti ada 'menang-kalah'......redhalah dengan ketentuan Illahi demi Melayu dan Islam.

Pemilihan UMNO: Tiada Sokongan Terbuka UMNO Sabah Terhadap Shafie Apdal........!!!

Berbeza dengan Datuk Hishamuddin Tun Hussien, atau Datuk Zahid Hamidi atau Datuk Mukhriz Tun Mahathir,calon-calon yang menawarkan diri bertanding kedudukan Naib Presiden parti 19 Oktober ini mendapat sokongan padu UMNO daripada negeri asal mereka. Datuk Shafie Apdal, salah seorang calon yang bertanding tidak mendapat sokongan terbuka daripada UMNO negeri asalnya. Apakah dengan tidak adanya sokongan terbuka, boleh bererti sebaliknya? Sebelum pendaftaran calon bagi pemilihan parti 21 September lalu, UMNO Sabah secara secara keseluruhan telah membuat sokongan terbuka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman untuk mempertimbangkan gesaan dan gema daripada akar umbi, agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Namun, Musa tidak memberi reaksi dengan gesaan 21 bahagian UMNO (Sabah mempunyai 25 bahagian). Pada 15 September, sehari sebelum Hari Malaysia, Ketua Menteri Sabah itu mengumumkan keputusan, bahawa beliau tidak menyertai merebut sebarang tempat bagi UMNO Pusat. Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah itu, Sabah memerlukan perhatian daripada beliau, kerana latar belakang negeri itu, yang masih relatif ketinggalan daripada semua aspek berbanding dengan negeri-negeri lain. Sebenarnya, menurut maklumat dalaman, Musa memberi laluan kepada Timbalannya- Datuk Dr Salleh Tun Said untuk menawarkan diri bertanding salah satu jawatan Naib Presiden. Namun, bagi Salleh pula, beliau merasakan bahawa ketuanya itu adalah yang paling tepat, bertanding. Walau apapun, semuanya itu sudah menjadi catatan akademik. Yang jelas, kini, hanya Datuk Shafie Apdal yang mewakili UMNO Sabah bertanding bagi kedudukan Naib Presiden. Kembali kepada peluang Shafie dalam pertandingan itu - memandangkan tiadanya sokongan secara terbuka kepada beliau daripada bahagian-bahagian UMNO, kecuali daripada Bahagian Semporna, Kalabakan dan Kinabatangan. UMNO Semporna disandang oleh Shafie sendiri dan kini ditentang dua pencabar untuk kedudukan Ketua Bahagian. Manakala Bahagian Kalabakan, diketuai oleh Datuk Ghafur Salleh-MP Kalabakan, dan dalam mempertahankan kedudukan Ketua Bahagian, beliau dicabar dua mantan ADUN Sabah. Sementera itu, Bahagian Kinabatangan diketuai oleh Datuk Bung Moktar Radin-MP Kinabatangan- beliau dicabar oleh ADUN Sukau- Datuk Saddi Abdul Rahman untuk jawatan Ketua Bahagian. Bung juga salah seorang calon MT untuk pemilihan Oktober ini. Memandangkan tiada sokongan terbuka daripada UMNO Sabah, tidak sama seperti pendirian UMNO Johor yang secara terbuka menyokong Hishamuddin, UMNO Perak menyokong Zahid, UMNO Kedah menyokong Mukhriz; apakah persepsi bahagian-bahagian lain terhadap pencalonan Shafie? Apakah akan terpancar di benak mereka bahawa untuk apa memberi sokongan kepada beliau (Shafie), sedangkan negerinya pun, beliau tidak mendapat sokongan. Melihat kepada situasi ini, Menteri KKLW itu, "down play" situasi tersebut dengan mengatakan " No open Sabah UMNO backing is fine with me". Ertinya, beliau tidak kisah sangat, apakah ada sokongan terbuka atau sebaliknya, beliau merasa yakin, beliau mendapat sokongan UMNO Sabah......??? Matmerapu berasa agak berat untuk beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden. Sejarah dalam parti, sentiasa berbicara, pada sistem kuota sebelum ini, walaupun seseorang calon mendapat pencalonan lebih banyak, tidak menjamin kemenangan calon itu dalam satu-satu pemilihan. Mukhriz misalnya, pada tahun 2009 semasa bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, mendapat pencalonan sebanyak 74 bahagian, berbanding Khairy Jamaluddin 56; namun semasa pemilihan Khariy menang. Mungkin ini yang cuba dibayangkan oleh Shafie.....??? Pada pemilihan pada kali ini, walaupun melibatkan hampir 150,000 perwakilan, namun sistem yang digunakan adalah Electoral Collage, ertinya undi seseorang berasaskan kepada jumlah bahagian, dengan kata lain, hampir sama dengan sistem kuota sebelum ini. Ertinya, bakal undi yang diperolehi seseorang calon adalah berasaskan sokongan bahagian. Jika, Shafie beranggapan, bahawa sokongan "silent" bahagian-bahagian UMNO Sabah, boleh diterjemahkan kepada sokongan, ertinya, integriti 21 bahagian UMNO Sabah yang tidak memberi sokongan terbuka kepada beliau, boleh dipersoal suatu hari nanti. Atau dengan kata lain, hanya pemimpin tertinggi bahagian sahaja yang berpendirian demikian, manakala akar umbi sebaliknya; sebenarnya inilah erti tersirat yang cuba dimainkan oleh Shafie, dengan komen " No open Sabah UMNO backing is fine with me". Apapun, Matmerapu yakin bahawa Shafie bakal menghadapi 'an uphill task' dalam siri kempennya malah kedudukan beliau dilihat bertambah goyah dengan kehadiran Mukhriz sebagai pencabar utama......!!!

Pemilihan UMNO: Calon Dilarang 'Promosi' Diri.......!!!

Calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi. Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan UMNO setiap negeri. Menurutnya, Badan Perhubungan UMNO Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober. "Calon tidak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan UMNO". "Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang media Pemilihan UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC". Tambahnya, calon yang bertanding juga tidak boleh menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis membabitkan ahli-ahli kecuali yang telah ditetapkan Ibu Pejabat UMNO atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri. Pemilihan UMNO kali ini bakal menyaksikan 260 calon berentap bagi merebut jawatan-jawatan peringkat tertinggi dalam sayap parti termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan sebagainya. Megat Najmuddin juga berkata, peraturan pemilihan UMNO bagi kali ini juga tidak mempunyai perubahan dari segi tata etika dikeluarkan pada 15 Julai 2013. "Tidak ada perubahan tata etika untuk pemilihan kali ini.....tapi tak boleh berkempen secara melulu ataupun membuat fitnah," katanya. Matmerapu secara peribadi melihat bahawa calon tidak dibenarkan berkempen secara bersendiri agak kurang tepat kerana ianya bakal 'mematikan' inisiatif calon berkempen malah ianya tidak menzahirkan sebarang masalah asalkan calon tidak menyimpang daripada tata etika dan berkempen secara berhemah tanpa sebarang fitnah. Program untuk calon berjumpa dengan wakil pemilih juga seharusnya lebih terbuka.....apakah dibimbangi akan berlaku 'politik wang' dalam program sedemikian.....??? Ianya boleh dipantau oleh Lembaga Disiplin asalkan segala program pertemuan tersebut dimaklumkan kepada pihak UMNO Pusat. Janganlah kita "kuburkan inisiatif" calon sebelum mereka melangkah......!!!

Tuesday 24 September 2013

KPN: Chin Peng Bukan Warganegara Malaysia.....!!!

Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan tiada sebab kenapa jasadnya perlu dibawa pulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Beliau tidak pernah dapat taraf kerakyatan apabila beliau menyertai Parti Komunis Malaya (PKM)," kata Khalid kepada The Star Online ketika dihubungi bagi mengulas mengenai kematian Chin Peng. "Saya percaya beliau akan gembira jika disemadikan di tempat beliau banyak menghabiskan masanya," tambah Khalid. Khalid berkata, tiada apa lagi yang perlu diperbincangkan mengenai bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng yang meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Isnin lalu. Beliau berkata, tiada isu yang perlu ditimbulkan, dan Chin Peng sudah pun meninggal dunia. Chin Peng dilaporkan meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 6.20. Chin Peng mengetuai gerila pemberontak PKM dan menentang angkatan bersenjata British dan Komanwel bagi mendapatkan kemerdekaan sebagai sebuah negara komunis. Pemberontakan itu berakhir secara rasmi pada 2 Disember 1989 apabila kerajaan Malaysia menandatangani sebuah perjanjian damai dengan PKM, kurang sebulan selepas Tembok Berlin dirobohkan. Chin Peng dibuang negara dan tinggal di Thailand selama lebih lima dekad dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia. Beliau dilahirkan pada akhir Oktober 1924 dengan nama Ong Boon Hua, di sebuah pekan persisiran pantai di Sitiawan, Perak dan Chin Peng begitu dikenali sebagai bekas gerila komunis dan kekal menimbulkan kontroversi. Chin Peng gagal dalam perbicaraannya untuk memohon dibenarkan kembali pulang ke Malaysia. Beliau tinggal di Thailand dan memiliki pasport China. Sebahagian pemimpin Malaysia menegaskan bahawa kepulangannya akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan orang tersayang ketika berlakunya pemberontakan komunis.

Ketirisan Di Sempadan Malaysia.....Hakisan Keselamatan Negara !!!???

Malaysia mempunyai sempadan yang luas berjiran dengan Thailand, Singapura dan Sabah serta Serawak bersempadan dengan Indonesia di bahagian Kalimantan. Sememangnya penyeludupan yang berlaku agak sedikit sukar untuk dibanteras secara menyeluruh walaupun bukan mustahil. Tapi dengan kekurangan anggota penguatkuasa, ketidakcekapan selain kurangnya rasa tanggungjawab menyebabkan aktiviti-aktiviti penyeludupan masih belum menunjukkan tanda akan berkurangan. Di Sabah dan Serawak, walaupun berlaku penyeludupan ianya masih di peringkat terkawal kerana kurangnya laluan tikus disebabkan keadaan hutan tebal dan rondaan berterusan oleh anggota tentera serta unit lain. Negara juga tidak mempunyai masalah penyelupudan yang dikira serius di Tambak Johor ekoran pemeriksaan ketat yang dilakukan di kedua-dua belah tambak. Namun begitu, perkara sebaliknya berlaku dengan serius mungkin boleh dianggap kritikal di sebelah utara, sempadan Malaysia-Thailand. Dari Perlis hingga ke Kelantan, difahamkan begitu banyak laluan tikus yang tersedia untuk kegunaan penyeludup. Hampir semua bentuk barangan dibawa masuk melalui sempadan sebelah sini (Malaysia) dari haiwan ternakan hinggalah kepada penyeludupan manusia untuk diperdagangkan atau pelarian ekonomi dari pelbagai negara. Tugas pengkuatkuasaan di sempadan Malaysia-Thai menjadi tanda tanya. Matmerapu agak kebingungan kenapa penguatkuasaan di sini agak ketara kelemahannya? Sempadan di utara merupakan antara yang mempunyai anggota paling ramai dikerah untuk berkawal, dari Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) hingga Brigade Sempadan Tentera Darat. Matmerapu difahamkan aktiviti penyeludupan di kawasan yang dikawal oleh anggota tentera dari Brigade Sempadan agak sukar dibolosi. Dengan halangan tembok konkrit, pagar berduri, seksyen infantri yang kerap mengawal, hanya penyeludup yang terdesak dan tegar sahaja akan menggunakan laluan di sini. Sesetengah penyeludup dikira bernasib baik jika ditangkap dan bukannya ditembak. Mungkin kerana ketegasan anggota tentera yang bertugas dengan penuh rasa tanggungjawab inilah menyebabkan aktiviti penyeludupan berkurangan. Tapi berlainan sekali dengan di pintu masuk sempadan Kelantan-Thailand dan Perlis-Thailand. Bukan satu tapi sudah banyak kali Matmerapu mendengar dan diceritakan sendiri bagaimana mereka ini bebas menggunakan laluan rasmi tanpa ditahan, disoal dan diperiksa. Malahan jika bernasib baik mereka mampu melepasi kawalan di pintu masuk dengan hanya mengangkat tangan. Apa yang sebenarnya berlaku? Matmerapu sering tertanya-tanya kenapa mudahnya mereka ini keluar masuk tanpa diperiksa? Bagaimana jika mereka yang menggunakan laluan itu membawa bahan larangan seperti senjata atau bom dan tidak terkecuali dadah? Adakah kerana penguatkuasa seperti anggota UPP, Kastam, Imigresen dan JPJ sudah terlalu dibiarkan bertugas di pintu masuk tanpa ditukar sehingga menyebabkan mereka ini mudah dikawal, dibayar...???, dijadikan teman sahabat sehingga mereka ini tidak sanggup untuk menahan kenalan? Atau mereka yang bertugas di sini merupakan anak jati dan seterusnya mereka menganggap tidak menjadi satu kesalahan jika tidak menahan saudara atau rakan taulan yang mereka kenali dari kecil. Ataupun juga mereka ini terlalu takut untuk menahan penduduk setempat atau warga Thai yang lebih bersikap bengkeng, gedebe dan samseng di tempat sendiri serta terus membiarkan perkara sebegini berlaku tanpa kawalan yang kuat. Sampai bila kita mahu lihat penyeludupan terus berlaku tanpa sekatan. Mereka ini bebas keluar dan masuk tanpa rasa takut. Malahan jika unit Kastam, UPP dan Imigresen melakukan tugas dengan rasa jujur dan tanggungjawab, sudah pasti sejak dari dulu lagi mereka dapat mengecam kawasan mana dan waktu yang sering berlaku penyeludupan. Malahan pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan yang lebih efisyien, mungkin dengan mengambil langkah drastik untuk merobohkan rumah atau gudang termasuk jeti yang dibina berhampiran sungai dan yang telah dikenalpasti sebagai pusat penyeludupan. Kita pasti tidak mahu melihat sesuatu yang buruk berlaku tanpa tindakan tegas. Banyak isu besar berkaitan sempadan telah berlaku tapi kawalan masih di takuk lama. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kehilangan kontena cip yang bernilai jutaan ringgit, kemudiannya kita telah menyaksikan bagaimana seorang blogger pengkhianat negara berjaya meloloskan diri melalui sempadan di sebelah sini termasuklah juga warga asing yang melarikan anaknya, Feris secara tidak sah. Sampai bila hal ini akan dibiarkan berterusan. Semua orang akan kelam kabut dan memastikan penguatkkuasaan akan dilakukan dengan berkesan bila terjadi sesuatu isu dan penguatkuasaan akan bertambah serius bila dilakukan bersama kakitangan media eletronik dan media cetak. Tapi selang beberapa lama keadaan akan kembali seperti asal. Tiada siapa yang ambil peduli dan bertanggungjawab. Jika motivasi diri dan kesedaran keselamatan pihak anggota kerajaan menjalankan tugas tidak dipertingkatkan nescaya hal ini tidak akan ada kesudahannya, bawalah teknologi tercanggih sekalipun namun jika pengendali teknologi ini tidak ada rasa semangat sayangkan Negara dan sense of belonging, teknologi tetap tidak akan berguna untuk menghalang kes penyeludupan barangan dan manusia. Kini negara sudah kebanjiran warga asing, bukan sedikit warga asing yang masuk ke negara ini secara tidak sah melalui lorong tikus. Itu belum dikira warga asing yang masuk dengan menggunakan VOA (Visa On Arrival), satu kaedah untuk menguntungkan ekonomi negara tapi membahayakan keselamatan dan pertahanan. Matmerapu merasa sudah sampai masanya, kerajaan dan agensi terbabit perlu melakukan sesuatu untuk menghalang kes-kes sebegini dan jika perlu menghadkan masa atau waktu khidmat anggota mereka dari terus menggunakan kelebihan pada diri mereka untuk menyeleweng dan bersekongkol dengan penyeludup. Pasti mereka yang berada di kementerian terdiri dari orang yang lebih bijak dan arif untuk memikirkan resolusi terbaik dalam menangani masalah sebegini daripada terus berleluasa terutama di sempadan Malaysia-Thailand.

Sempadan Msia-Thai: Modus Operandi Penjualan Senjata........!!!???

Hanya dengan wang tunai RM150 sahaja seseorang dapat menyeludup masuk senjata api dari Thailand ke Malaysia. Akhbar The New Straits Times (NST), melaporkan bahawa walaupun pemeriksaan di sempadan kedua-dua negara itu semakin ketat ekoran jenayah menggunakan senjata api yang meningkat, tidak sukar untuk menyeludup masuk barangan, termasuk senjata api ke Malaysia. Akhbar itu melaporkan bahawa seseorang hanya perlu memandu ke seberang sempadan dan tanpa perlu bersusah payah akan dapat menemui kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan daripada senjata renjat, senapang angin, pistol semi-automatik, revolver dan senapang. Senjata tiruan itu yang menggunakan jenama senjata api terkenal seperti Beretta, Smith and Wesson, Glock, Norinco, Colt, Walther dan Taurus, kelihatan seperti yang asli dan boleh dibeli dengan harga antara RM30 dengan RM2,000. Senjata sedemikian, yang sering dipanggil pistol tembak cicak, boleh dibeli di kedai-kedai. Seorang penjual warga Thai memberitahu NST bahawa beliau telah menjual banyak senjata api serupa kepada warga Malaysia sejak bertahun-tahun. "Mereka beli untuk suka-suka. Paling tidak, pihak kastam akan merampas senjata itu jika ia ditemui semasa pemeriksaan. Tetapi biasanya, mereka lepaskan sahaja dengan memberi amaran," katanya. Tambahnya, senjata asli juga mudah didapatkan sambil menawarkan untuk mendapatkan senjata itu untuk wartawan NST. "Tiada masalah. Adakah anda berminat?" soal lelaki itu, yang mengakui mempunyai apa sahaja model yang diinginkan. Menurutnya, senjata api yang dibeli termasuk beberapa butir peluru supaya ia "sedia untuk digunakan". Lelaki itu turut memberitahu bahawa khidmat penghantaran juga disediakan bagi mereka yang takut untuk membawa masuk sendiri senjata itu. "Hanya perlu tambah RM150 dan senjata api akan dikirimkan ke seberang sempadan. Tempat biasa untuk mengambilnya ialah sebuah masjid tidak jauh daripada pusat pemeriksaan," katanya sambil mengatakan bahawa pembeli harus membuat bayaran penuh terlebih dahulu bagi senjata api, peluru dan khidmat penghantaran. Tambah lelaki Thai itu lagi, walaupun pihak berkuasa Malaysia telah mengetatkan proses pemeriksaan, tetapi pedagang senjata api akan sentiasa cuba mencari jalan untuk menyeludup barangan mereka.Matmerapu mengesyorkan agar pihak berwajib menempatkan "mata dan telinga" di kedai-kedai yang menjual senjata berkaitan di Pekan Wang Kelian, Padang Besar, Danok, Betong, Golok dan Tak Bai bagi mengesan aktiviti pembelian senjata oleh rakyat Malaysia.

Monday 23 September 2013

Datuk Seri Hishamuddin Tidak Mungkin Kalah Naib Presiden UMNO........!!!???

Sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir sudah mengesahkan untuk turut bertanding sekali gus memperlihatkan persaingan enam penjuru. Berteraskan survey secara rawak, daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir manakala yang paling dikehendaki kalah pula ialah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Mukhriz terlihat popular dan dikehendaki, selain kerana kemenangan BN di Kedah dalam PRU13 dan pengaruh bapanya, beliau juga dilihat mewakili pemimpin muda yang diharap-harapkan untuk menerajui UMNO dan kerajaan suatu hari nanti. Kekerapan Mahathir bercakap tentang perlunya UMNO memberi ruang kepada pemimpin muda, bahkan melontarkan amaran bahawa UMNO akan terus sakit dan mati jika tidak berbuat demikian, tidak diragui lagi telah menghantar mesej yang jelas kepada perwakilan UMNO betapa perlunya pemimpin seperti Mukhriz yang sedang melonjak namanya sekarang terus diberikan kedudukan yang lebih kukuh lagi. Selain itu, dengan kedudukan Khairy Jamaluddin yang dijangka tiada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun bakal dicabar oleh Akramsyah, anak Sanusi Junid, keberadaan Mukhriz di kedudukan kanan parti dirasakan perlu oleh banyak pihak agar beliau akhirnya saling bersaing dan mengimbangi antara satu sama lain dengan KJ dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang. Bagi calon-calon Naib Presiden yang lain, penerimaan daripada ahli-ahli UMNO agak berbelah bagi. Ada yang dirasakan patut menang dan ada pula dirasakan tidak wajar diberikan kemenangan.Ramai ahli UMNO berpendapat Hishammuddin pula paling diinginkan kalah kerana ramai ahli UMNO yang kecewa dengan tindakannya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri yang disifatkan paling lemah dan tidak tegas. Beberapa episod perhimpunan Bersih sebelum PRU13 dan berbagai kekacauan lainnya yang berlaku ketika itu di mana ia memerlukan ketegasan beliau tetapi tidak dilakukan, telah mengecewakan ramai ahli UMNO terhadapnya. Walaupun kini setelah dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dan memangku jawatan Menteri Pengangkutan, kekecewaan itu masih lagi berbekas. Ramai yang merasakan anak Hussein Onn itu tidak layak duduk di kerusi Naib Presiden dan didaftarkan sebagai salah seorang bakal pemimpin pelapis masa depan bagi UMNO dan negara. Namun,tidak kurang juga ahli UMNO berpendapat bahawa bolehkah Hishammuddin dikalahkan dan mungkinkah beliau kecundang dalam pemilihan kali ini? Haruslah diketahui bahawa Hishammuddin adalah sepupu kepada Najib dan di dalam UMNO ramai yang percaya bahawa beliau adalah pilihan Najib untuk menggantikan tempatnya suatu hari nanti. Tindakan Najib memindahkan Hishammuddin daripada Kementerian Dalam Negeri yang dilihat tidak membantu popularitinya ke Kementerian Pertahanan dan menambah lagi pemangkuan di Kementerian Pengangkutan, dilihat sebagai langkah untuk melonjakkan penerimaan ahli-ahli UMNO seluruh negara terhadap sepupunya itu. Tidak ada sebab lain di sebalik tindakan Najib itu sebenarnya, kecuali ingin menonjolkan lagi Hishammuddin. Dengan beliau dilihat gagal di Kementerian Dalam Negeri, tidak ada kewajaran untuk meletakkannya di kementerian penting dan kritikal seperti Kementerian Pertahanan dan dalam masa yang sama menambah lagi tugasnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Sekarang ini, jelas terbukti Hishammuddin tidak begitu menonjol di Kementerian Pertahanan, tetapi kedudukannya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan dilihat menyelamatkannya. Beliau kini lebih banyak bercakap dan menonjolkan diri sebagai Menteri Pengangkutan dalam isu-isu yang berkaitan kementerian itu, seolah-olah itulah kementerian hakiki untuknya. Seharusnya sebagai pemangku, tugasnya di Kementerian Pengangkutan lebih kepada urusan mesyuarat dan membuat keputusan penting sahaja manakala tugas-tugas lain bolehlah diserahkan kepada timbalannya untuk melaksanakannya. Tetapi terlihat tumpuan beliau lebih di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan bagaikan ditinggalkan. Dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kira-kira sebulan lagi, walaupun kedudukan Hishammuddin dilihat genting dan mungkin kecundang, perkara itu sebenarnya hampir mustahil akan berlaku. Seorang pemimpin UMNO dari selatan tanahair berkata, walaupun Hishammuddin terlihat seperti bakal kecundang tetapi katanya, Najib pasti tidak akan membenarkan perkara itu daripada berlaku kerana kekalahan Hishammudin adalah tamparan kepada Najib juga. Kalahnya Hishammuddin bererti kalahnya Najib, kata pemimpin itu lagi. Beliau berkata, sebagai seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib mempunyai berbagai cara untuk mengelakkan Hishammuddin daripada menerima kekalahan seperti bercakap secara terus dengan Pengerusi UMNO Negeri-Negeri atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang rapat dengannya. Selain daripada itu, jelas pemimpin itu lagi, harus juga jangan dilupa bahawa Hishammuddin sendiri masih mempunyai rangkaian kenalan yang besar dalam UMNO dan mereka ini boleh digunakan untuk “menggempur” perwakilan di saat-saat akhir bagi menyelamatkan kedudukannya. Berdasarkan penelitiannya, pemimpin tadi berhujah bahawa walaupun Mukhriz dilihat sedang memenangi mood di kalangan pewakilan seluruh negara berikutan kemenangan BN di Kedah serta pengaruh bapanya yang masih kuat dan diperlukan dalam UMNO serta dilihat tiada masalah untuk memenangi salah satu kerusi Naib Presiden UMNO tetapi kedudukan Hishammudin juga tidak akan tergugat. Daripada tiga kerusi Naib Presiden, Hishammuddin pasti akan menyelit salah satu daripadanya, tambah tokoh itu yang diketahui pernah berkawan baik dengan Najib suatu ketika dahulu. Jika senario itu benar-benar berlaku, bermakna kerusi Naib Presiden kali ini pasti akan diisi oleh Mukhriz, Hishammudin dan satu lagi kerusi terakhir akan menjadi rebutan antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad. Daripada keempat-empat pemimpin yang berebut slot terakhir itu, kata pemimpin itu lagi, Najib tidak kisah pun siapa yang akan menang nanti.

Pendedahan Berani Ahli DAP.......!!!???

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim. Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman di sini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

Ketua Wanita UMNO: Siapa Pilihan Anda........!!!???

Jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia kini menghadapi pertandingan tiga penjuru, yang mana calon-calonnya seperti dipaparkan. Jika anda seorang wakil pemilih UMNO, siapakah yang menjadi pilihan anda untuk mengisi jawatan tersebut....??? Matmerapu berharap agar yang bakal dipilih nanti tidak menjadi liability kepada UMNO menuju PRU14 kelak. Buatlah pilihan yang bijak....!!!

Sunday 22 September 2013

Penyandang Naib Presiden UMNO Tidak Gentar Hadapi Saingan........!!!

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak gentar berhadapan saingan dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini. Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota parti dalam membuat pemilihan dan yakin mereka bijak membuat penilaian terhadap masa depan kepimpinannya. "Perjuangan saya sudah bermula sejak 20 tahun lepas dari peringkat Bahagian sehingga Ketua Pemuda serta menerajui banyak kementerian. Yang penting, hati tidak boleh terhakis daripada UMNO biarpun kalah atau menang. "Dengan tambahan pihak yang mahu bertanding naib presiden, saya fikir ia tidak banyak bezanya berbanding (pertandingan) sebelum ini kerana yang penting keikhlasan saya bekerja sudah terbukti dan yang menentukannya adalah anggota parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Merdeka Raya peringkat Parlimen Sembrong. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Dalam pada itu, katanya pindaan Perlembagaan UMNO jelas merupakan langkah baik apabila 90 peratus daripada 20,300 cawangan UMNO seluruh negara selesai bermesyuarat dengan lancar. Beliau bersyukur memandangkan anggota parti bersikap matang tanpa sebarang serangan peribadi mahupun sikap berpuak-puak. "Di Sembrong pula menyaksikan 40 peratus muka baharu dalam kepimpinan 64 cawangan. Ini bermakna kita boleh lakukan perubahan tanpa mengeruhkan perjuangan dalam parti," katanya. Matmerapu melihat jika ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO bergabung tenaga dengan dibantu oleh UMNO Bahagian negeri Pahang, peluang mengekalkan jawatan agak cerah.

Thursday 19 September 2013

Era Baru Pemilihanan UMNO 2013 Bermula......!!!

Era baru pemilihan UMNO akan bermula, merealisasikan transformasi politik yang diperkenalkan Presidennya Dato' Sri Najib Tun Razak. Bahang pemilihan parti terbesar orang Melayu kian panas dengan berakhirnya mesyuarat peringkat cawangan dan disusuli persidangan bahagian bagi memilih barisan kepimpinan peringkat bahagian dan pusat. Mulai sekarang juga mereka yang bercita-cita untuk memegang jawatan-jawatan dalam parti boleh mengisi borang dan mendaftar menjadi calon. Mereka mesti menyerahkan borang pencalonan bagi pemilihan sayap - Wanita, Pemuda dan Puteri - pada 21 September manakala bagi peringkat pusat pada 28 September. Sistem pemilihan baru UMNO, yang pertama kali dilaksanakan, membolehkan siapa jua ahli UMNO dengan kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun layak untuk bertanding di peringkat bahagian. Bagi jawatan peringkat pusat sama ada ahli Majlis Tertinggi (MT), Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden sekalipun, kelayakan minimum adalah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian selama sepenggal. Sistem pemilihan ini mengadaptasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beberapa persoalan timbul di minda masyarakat tentang bagaimana ia dilaksanakan dan bagaimana ia dikatakan mampu menyuburkan demokrasi dan telus? Menjelaskan gambaran proses pemilihan itu, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata banyak perbezaan dapat dilihat pada sistem pemilihan ini. Paling utama sistem baru ini akan menyaksikan lebih ramai ahli parti iaitu 146,500 perwakilan terlibat secara langsung memilih kepimpinan bahagian dan Majlis Tertinggi (MT). UMNO mempunyai 3.3 juta anggota. Beliau berkata perwakilan daripada cawangan, yang sebelum ini hanya menentukan kepimpinan bahagian, kini turut diberi peluang memilih kepimpinan peringkat pusat. Berbeza dengan sistem lama, hanya 2,500 perwakilan layak mengundi bagi memilih kepimpinan tertinggi parti. Sebelum pindaan perlembagaan parti pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian UMNO. Misalnya untuk jawatan Presiden sebanyak 30 peratus atau sokongan 57 bahagian, Timbalan Presiden (20 peratus atau 38 bahagian), Naib Presiden (10 peratus atau 19 bahagian), anggota MT (5 peratus atau 10 bahagian), Ketua Pemuda dan Ketua Wanita (masing-masing 20 peratus atau 38 bahagian) dan Ketua Puteri satu peratus atau dua bahagian.

Mampukah Mukhriz Menggugat Penyandang Naib Presiden UMNO.......!!!???

Datuk Mukhriz Mahathir kini menjadi tumpuan ahli UMNO yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO Oktober ini. Kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut bakal menggegarkan peluang para penyandang Naib Presiden UMNO, terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Menurut sumber-sumber dalaman Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dilihat agak mantap kedudukannya untuk mempertahan jawatan tersebut. Tetapi selain Hishammuddin, penyertaan Mukhriz juga mungkin memberi tempias kepada seorang lagi penyandang, Datuk Shafie Apdal. Namun, sumber-sumber itu berpendapat, peluang Shafie agak cerah memandangkan kekuatan UMNO Sabah mungkin dapat membantunya mengekalkan jawatan tersebut. Dua lagi yang turut menawarkan diri mereka bertanding jawatan tersebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad. Namun cabaran Ali dan Isa, menurut beberapa sumber UMNO, dilihat tidak mampu mengancam persaingan bagi jawatan tersebut dalam pemilihan UMNO tahun ini. Berdasarkan beberapa kenyataan ketiga-tiga penyandang jawatan tersebut, sumber-sumber UMNO berkata kemungkinan mereka berganding bahu bagi mewujudkan kerjasama antara UMNO negeri masing-masing - Perak (Zahid), Hishammudin (Johor) dan Shafie (Sabah) untuk mengekal jawatan tersebut. Dilihat pada jumlah bahagian UMNO, bilangan terbanyak ialah di Johor (26), Sabah (25) dan Perak (24), yang kesemuanya berjumlah 75 atau 40 peratus daripada keseluruhan 191 bahagian Umno di seluruh negara. Jumlah bahagian UMNO di negeri-negeri lain ialah Selangor (22), Kedah (15), Pahang (14), Pulau Pinang (13), Kelantan (14), Wilayah Persekutuan (13), Negeri Sembilan (8), Terengganu (8), Melaka (6) dan Perlis (3). "Memandangkan kecenderungan Presiden Umno, Dato' Sri Najib Razak supaya penyandang sekarang dikekalkan, maka Zahid, Shafie dan Hishammuddin dijangka turut mendapat sokongan daripada UMNO Pahang dan Selangor yang pernah dipimpin Najib sebelum PRU13 pada 5 Mei lalu. "Di atas kertas, bahagian yang dilihat boleh menyokong ketiga-tiga penyandang tersebut berjumlah 111 bahagian. "Diandaikan mereka mampu menarik sokongan sebahagian daripada baki 80 lagi bahagian, maka peluang mereka dilihat cerah sekali,". Ini adalah kerana dalam sistem pengundian baru UMNO, sokongan setiap bahagian mewakili satu undi. Ini bermakna calon-calon perlu memperolehi jumlah undi terbanyak daripada keseluruhan 191 undi. Maka persoalannya ialah mampukah Mukhriz menggugat peluang mana-mana penyandang Naib Presiden tersebut? Beberapa pihak dalam UMNO mahu Menteri Besar Kedah itu bertanding bagi mengisi jawatan Naib Presiden untuk mewakili golongan muda. Malah, bapanya, bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat membuka laluan untuk anaknya itu bertanding jawatan tersebut apabila menekankan bahawa UMNO perlu memberi tempat kepada barisan pemimpin muda UMNO demi menjamin kelangsungannya sebagai parti utama orang Melayu. Tidak dapat disangkal wujudnya 'golongan senyap' dalam UMNO di seluruh negeri yang mahu perubahan drastik dalam parti itu selepas prestasi hambar dalam PRU13. Justeru,kehadiran Mukhriz boleh memberi peluang dan laluan kepada mereka untuk merealisasikan kehendak mereka dengan memilih Menteri Besar Kedah itu. Kalau diimbau kembali pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 2008, Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak, iaitu dari 74 bahagian UMNO, berbanding dengan dua calon lain, Dr Khir Toyo (62) dan Khairy Jamaluddin (53). Walaupun gagal memenangi jawatan tersebut, namun Mukhriz berjaya mendapat 232 undi berbanding 304 undi diperolehi Khairy dan Khir Toyo (284). Ada pihak yang berpandangan pada masa itu, sekiranya ia bertanding satu lawan satu antara Khairy dan Mukhriz, kemungkinan kemenangan memihak kepada anak Dr Mahathir itu. Walaupun ketika itu, Mukhriz tidak mempunyai asas sokongan yang kuat dalam UMNO berbanding dengan Khir Toyo dan Khairy, tetapi beliau mampu menarik sokongan daripada bahagian UMNO di seluruh negara bagi mengumpul jumlah undi tersebut. 'Kekuatan' Mukhriz juga sering dikaitkan dengan bapanya. Sehingga kini, Dr Mahathir masih berpengaruh dalam UMNO dan ini dilihat sebagai satu kelebihan untuk membantu Mukhriz menang jawatan tersebut. Dengan sokongan padu UMNO Kedah pimpinannya dan sistem baru undian dalam memilih kepimpinan tertinggi UMNO, banyak pihak dalam Umno berpandangan bahawa dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang juga pengerusi UMNO Kedah, pastinya Mukhriz dilihat mampu mengulangi sejarah tersebut dalam mengecewakan salah seorang penyandang kerusi Naib Presiden.

Mukhriz Mahathir Sah Bertanding Naib Presiden UMNO

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMN0 pada pemilihan parti bulan Oktober ini. Pengumuman itu dibuat semasa beliau berucap pada majlis pengenalan calon-calon pemimpin UMNO dari Kedah yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti nanti. Matmerapu menjangkakan bahawa jawatan Naib Presiden UMNO akan turut ditandingi oleh ketiga-tiga penyandang, Ali Rustam dan Isa Samad.

Wednesday 18 September 2013

Mengenal Perangkap Syiah.......!!!!

Berwaspadalah....!!! Jangan sesekali terperangkap dengan ajaran dan amalan Syiah di kalangan rakyat Malaysia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Satu Juta Rakyat Merana Akibat Ketiadaan Air.......!!!???

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, atas 30 tuduhan mencemarkan Sungai Selangor yang menyebabkan hampir sejuta pengguna di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air, akhir bulan lalu. Ng Kim Bok, 55, dan isterinya, H’ng Soo Chiew, 56, masing-masing menghadapi 30 dan 20 pertuduhan mengikut Akta Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999. Pasangan itu menghadapi 20 pertuduhan sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty. Kim Bok menghadapi 10 pertuduhan lagi sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Workshop. Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24(1), 25(1) dan 34B(1)(a) Akta Alam Sekeliling dan Seksyen 41(4) dan 79(1)(d) Enakmen LUAS. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan melepaskan bahan buangan terjadual SW 311 iaitu minyak di atas tanah dan dalam sungai tanpa lesen, melupuskan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekeliling serta mengambil air dari sumber air tanpa kelulusan Pengarah LUAS. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.50 hingga 11.40 pagi di premis di Sungai Gong, Lot 35222, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak. Pasangan itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Nasihat Keras Tun Dr Mahathir Kepada Seluruh Kepimpinan UMNO........!!!

Matmerapu tidak pasti berapa ramai orang yang akan melenting dan terasa pedasnya apabila membaca artikel terbaru Tun Dr Mahathir. Apa pun Matmerapu percaya ramai yang tidak akan membacanya sampai habis nukilan mantan Perdana Menteri ini. Malah, mungkin ada orang UMNO sendiri yang mengumpat kononnya Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk dan sebagainya. Apatah lagi pihak seteru (pembangkang). Respons negatif itu adalah kerana intipatinya yang terlalu pedas dan terpalit kepada sebahagian daripada kepimpinan UMNO dari semua peringkat sama ada cawangan, bahagian dan pusat. Tetapi jika inilah caranya untuk mentransformasi dan mengekal kerelevanan parti UMNO dalam politik negara serta berdepan PRU14 kelak, mereka yang terasa pedasnya itu perlu berkorban dan tidak hanya memikirkan diri sendiri. Sila baca nukilan Tun Dr Mahathir: "Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita bakal kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanah air tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok di sekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri....??? Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat(bosan) akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput. Malangnya, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima. Kata pepatah Inggeris "Money is the root of all evil" (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik. Justeru kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka" - UM. Dalam masa yang sama, Matmerapu yakin bahawa media pro-pembangkang akan mengambil kesempatan di atas nasihat keras Tun Dr Mahathir itu untuk memburuk-burukkan UMNO.

Ketua Gangster: Bekas Ketua Bahagian Gurney MCA........!!!

Bekas ketua gangster yang didakwa menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis. Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong. Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster. Chan ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan. Dua tahun selepas itu beliau kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. Zaman Khan memberitahu bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini. Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut. Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap. Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000. "Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) di mana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien". Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak. Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang. Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini berada di negara jiran. Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan. Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster. Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa telah mengenalpasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster. Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik. Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap di mana ia telah didedahkan oleh Zahid. Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru. Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat. Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan. Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram. Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.

Tuesday 17 September 2013

PM: Utamakan Kepentingan Ummah Demi Islam......!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat di negera ini perlu mengutamakan kepentingan ummah berbanding politik dengan menekankan konsep kesederhanaan dan tidak terlalu ekstrem dalam mengutarakan pendirian masing-masing. Perdana Menteri berkata, tindakan keterlaluan dalam mengemukakan pandangan politik boleh mengundang padah seperti yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat menerusi 'Arab Spring', yang dianggap sesetengah pihak sebagai proses kebangkitan politik. Hakikatnya, kata beliau, proses tersebut merupakan satu bentuk kegawatan politik di negara Islam dan ia memberi ruang kepada masyarakat lain untuk membentuk perspektif buruk terhadap kesucian agama Islam. "Hakikatnya, revolusi politik perlu disepakati dengan revolusi sosial dan revolusi minda dan perkara-perkara lain," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam dna Perasmian Seminar Antarabangsa Figh Mentaati Pemimpin. Ia menyaksikan penyertaan beberapa tokoh ilmuan Islam masa kini termasuk Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly. Dalam pada itu, Najib memberitahu, sejak bermulanya 'Arab Spring' pada Disember 2012, keadaan di Asia Barat tidak banyak berubah dengan keadaan ekonomi di kawasan itu masih berhadapan dengan kesukaran, keadaan politik yang berpecah belah dan rakyat terus menghadapi kesulitan. Justeru, beliau menggesa masyarakat Malaysia terutama golongan muda supaya mengambil iktibar daripada keadaan politik di negara-negara berkenaan dengan mengekalkan keamanan hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang terhasil selama ini. Dengan itu, katanya, para pemimpin negara akan sentiasa memastikan rakyat akan terus hidup dalam keadaan sejahtera dengan menerapkan kualiti kepimpinan dalam Islam. "Kita perlu mengekalkan kejayaan negara menyanggah tanggapan stereotaip bahawa Islam itu autokratik, mempunyai banyak sumber asli tetapi gagal diurus dengan baik dan tiada keadilan sosial," katanya.

Bertemu Pope Di Rom, Anwar Diselar......!!!

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menyelar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengadakan pertemuan dengan Pope Katolik, di Rom tidak lama lagi. Beliau menyifatkan pertemuan tersebut sebagai usaha terancang Anwar untuk mengembalikan semula sokongan masyarakat antarabangsa khususnya pemimpin bukan Islam terhadap dirinya. Kata beliau, pertemuan tersebut bukan sesuatu yang menghairankan kerana sebelum ini Anwar tidak bersama masyarakat Islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian katolik di negara ini. “Dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, Anwar mengambil sikap membisu, kini dia menunjukkan hubungan baiknya dengan pemimpin tertinggi agama Kristian di peringkat antarabangsa,” katanya. Pertemuan tersebut bagaimanapun kata beliau, tidak akan memberi sebarang kesan politik kepada negara ini kerana Anwar bukannya pemimpin yang dihormati. Beliau mengulas kenyataan Anwar dalam satu ceramahnya di Kampung Kubang Semang, Pulau Pinang yang meminta masyarakat kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Pope Katolik di Rom kelak. Anwar berkata, beliau diundang untuk menghadiri dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rom. Beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab merancang melakukan pertemuan itu, kata Anwar yang tidak menyatakan butiran lanjut mengenai dialog berkenaan. “Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir jumpa Pope itu pun tiada masalah,” katanya seperti yang disiarkan oleh portal berita malaysiakini.com hari ini. Mengulas lanjut, Syed Ali berkata Anwar sepatutnya berasa malu untuk menyamakan diri beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Najib dan Dr. Mahathir berjumpa pemimpin tertinggi agama Kristian atas sifatnya sebagai Ketua Negara, bukannya pemimpin parti politk, sedangkan Anwar cuma Ketua Pembangkang,” ujarnya. Katanya, senario tersebut jelas berbeza dan ini menunjukkan bahawa Anwar mempunyai agenda peribadi dan tidak membawa sebarang keuntungan kepada perkembangan agama Islam. “Lagi pun Anwar tidak boleh bercakap soal dasar negara ini bersabit isu agama Islam kerana dia sekadar pemimpin parti politik serpihan yang bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini,” tegasnya. Oleh sebab itu katanya, pertemuan Najib dengan pemimpin agama Kristian sebelum ini tidak menjadi isu atau dipertikaikan rakyat kerana rakyat memahami fungsi beliau sebagai Perdana Menteri, bukannya selaku Presiden UMNO. “Di sinilah Anwar tidak dapat mengukur perbezaannya, beliau beranggapan dirinya sebagai seorang pemimpin negara sedangkan hakikatnya dia sekadar pemimpin pembangkang yang ditolak rakyat,” ujarnya. Tambah beliau, pertemuan dengan Pope Katolik itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar dengan alasan tidak masuk akal bertujuan untuk memperbodohkan rakyat.

Anwar Akan Jumpa Pope Di Rom Dalam Masa Terdekat.......!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Pope Francis di Rom semasa sesi dialog yang dianjurkan dengan pemimpin peringkat tertinggi antara agama, Islam, Kristian dan agama lain tidak lama lagi. “Pope berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya,” kata Anwar ketika berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang. Anwar dilaporkan turut menjangkakan perjumpaan itu akan menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam di Malaysia. “Mereka mungkin berkata saya mahu menukar kepada agama Kristian. Ini adalah masalah kita, itulah sebabnya kita terus berjuang untuk kebebasan, demokrasi, dan perubahan,” katanya. Terdahulu Anwar memuji Pope yang telah menghantar ucapan Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia. Dalam mesej itu, Pope telah menyeru umat Kristian dan Islam supaya saling hormat-menghormati.

Setpol Bekas Menteri Ditahan SPRM

Seorang bekas Setiausaha Politik kepada ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah. Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai Setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM. Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. "Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull. Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan, SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas Setiausahah politik itu. Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.

Siapa Pemimpin Politik Yang Baru Kaya Disambut Dengan Kereta Mewah Di Hong Kong?

Kereta mewah BMW tidak bernombor hanya tertera nama plat “PENANG” di Hong Kong. Agaknya siapa pembesar dari Pulau Pinang yang bermewah di Hong Kong? Pemimpin politik ini cukup kuat hubungannya dengan International Chinese Association...... Malah menurut sumber wang PRU13 berpuluh juta juga datang dari sini. ”Siapakah agaknya siapa yer?”

Monday 16 September 2013

Kenyataan Umno Bakal Mati Oleh Mahathir Di Tempelak Oleh Pemimpin Umno.....!!!

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa UMNO kini “sudah tua dan bakal mati” ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu. Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar UMNO kini dalam proses transformasi dan pembaharuan. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden UMNO dari 1981 hingga 2003. “Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui UMNO dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu,” kata Dr Mohd Puad. Katanya, antara gejala dalam UMNO adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang. Dr Mohd Puad berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak boleh diterima apabila mengatakan UMNO akan mati sedangkan kepimpinan parti sedang gigih merawat kepincangan yang berlaku. “Selagi UMNO tidak lari dari masalah dan memegang prinsip kesederhanaan, menyeluruh dan keadilan untuk semua kaum, UMNO akan selamat,” katanya. Dalam sebuah rencana yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, Dr Mahathir menasihati UMNO supaya melantik pemimpin muda kerana parti itu sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati". Katanya, dengan pemimpin muda, UMNO akan dapat meneruskan legasi memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri. Beliau berkata, UMNO dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda. Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga ahli MT Umno berkata, pemimpin muda seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan lain-lain adalah bukti UMNO kini menyerlahkan bakat muda dalam kepimpinannya. “Prinsip parti jelas meletakkan bakat muda di enjin kedua parti iaitu di sayap Pemuda dan Puteri. Apabila mereka ini mencecah usia 40 tahun, mereka akan diserap ke dalam Majlis Tertinggi bagi mewarisi kepimpinan parti". Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ahli MT Umno menyifatkan apa yang disarankan Dr Mahathir adalah satu pandangan bagi melihat perubahan dalam UMNO secara terbuka dan dinamik. Katanya, Dr Mahathir mempunyai pengalaman dan pandangan yang luas tetapi beliau harus sedar UMNO kini sedang dalam proses transformasi. “Keinginan pemimpin UMNO untuk berubah dapat dilihat daripada segi keberaniannya meletakkan untung nasib kepada 150,000 perwakilan semasa pemilihan parti bulan hadapan,” katanya.

Abu Mayat Chin Peng.........!!!

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok, Thailand. Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu.

Ugutan Bunuh Tidak Mampu Tutup Isu Kepincangan Pemilihan DAP

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, DAP akan terus bermain sandiwara bagi mengelirukan rakyat berkenaan kemelut pemilihan semula CEC. Terbaru,didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru DAP di dalam mengalih isu CEC. Justeru tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP sendiri yang menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita baru terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat. Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman twitternya yang dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC. Selain itu, Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh pihak polis sebagai ‘double standard menyebabkan dia masih menimbangkan samada mahu membuat laporan polis atau tidak. “Ini semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan menuduh pihak lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap tidak adil dan pilih kasih. “Inilah kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada melihat keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah disemarakkan maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian,” jelas Norliza. Tambah Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan Eng harus mempercayai kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini serta memberi sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis. Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa pilih kasih atau parti politik. “Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa". “Ini sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima ugutan bunuh, laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan menuduh pihka polis tidak adil dan pilih bulu,” jelasnya lagi. Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu. Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal. DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan berbuat demikian

Thursday 12 September 2013

For All DAP Delegates & Members........!!!

Konflik Selatan Filipina Terpalit Sabah.......!!!

Dakwaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kononnya terdapat seramai 4,000 pejuang Tausug yang berada di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan dan bersedia untuk berperang sememangnya agak mencemaskan kerana peristiwa pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas masih terlalu awal untuk dilupakan. Tetapi dakwaan sebegini bukan kali pertama berlaku terutama sekali oleh pemimpin MNLF Nur Misuari. Pada akhir Julai lepas Pejabat Daerah Tambunan Sabah menerima sepucuk surat yang berupa ugutan dengan kandungan menjerumus kepada Sabah akan diserang sekali lagi sebagai membalas dendam peristiwa Lahad Datu. Setiap pencerobohan yang berlaku ke atas perairan Sabah ataupun ugutan kesemuanya adalah berpunca daripada pergolakan yang berlaku di selatan Filipina, terutama sekali yang melibatkan wilayah Kepulauan Mindanao. Begitu juga dengan ugutan terbaru MNLF adalah rentetan daripada peristiwa pengisytiharan kemerdekaan oleh Misuari untuk wilayah selatan Filipina dan juga Sabah dan Sarawak pada 12 Ogos lepas. Dalam pengisytiharan tersebut, wilayah yang dimerdekakan itu digelar sebagai Republik Bangsa Moro (RBM). Amat jelas sekali Misuari bertindak sedemikian kerana tidak puas hati setelah disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan membentuk wilayah merdeka yang dinamakan Bangsamoro. Kemuncak daripada penentangan MNLF terhadap perjanjian damai Manila-MILF adalah apabila 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan MNLF menyerang Zamboanga City beberapa hari lepas. Serangan terbaru ini besar kemungkinan dilaksanakan kerana untuk memberi tekanan kepada Manila dan MILF yang akan berunding di Kuala Lumpur pada waktu yang sama. Peristiwa serangan Zamboanga City adalah rentetan daripada perhimpunan bersenjata MNLF di bandar Indanan wilayah Sulu yang berlaku pada 25 Julai lepas. Ekoran perhimpunan inilah pada 12 Ogos Misuari telah mengisytiharkan Republik Bangsa Moro yang telah mensabitkan Sabah dan Sarawak. Misuari cuba mempergunakan Perjanjian Tripoli yang dimeterai pada 1996 sebagai asas untuk mengagalkan perjanjian damai Manila-MILF dengan mendakwa kumpulan beliau adalah wakil sah penduduk Islam selatan Filipina. Perjanjian Tripoli yang digunakan sebagai asas pembentukan Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di mana Misuari sebagai Gabenor pertama dinilai telah gagal mencapai matlamat untuk membawa kestabilan dan kemakmuran kepada wilayah bergolak itu. Setiap ugutan atau ancaman yang ditujukan kepada Sabah sebagai lazimnya ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku di selatan Filipina. Dalam keadaan status-quo seperti sekarang, amat sukar untuk mengekalkan kestabilan dan mengawal keadaan kerana terlalu banyak kumpulan yang memperjuangkan agenda masing-masing. Keadaan dijangka menjadi lebih rumit kerana MNLF sedaya upaya cuba melibatkan Jakarta dalam persengketaan kumpulan itu dengan Manila mengenai status ARMM. Beberapa pemimpin MNLF dikatakan bersiap sedia untuk ke Indonesia bagi membincangkan perkara tersebut. MNLF cuba meraih simpati daripada Jakarta kerana pada ketika ini Indonesia adalah Pengerusi Jawatankuasa Perdamaian Selatan Filipina Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-PCSP) yang juga penggerak utama Perjanjian Tripoli. Matlamat MNLF adalah begitu jelas kerana kegagalan perjanjian damai Manila-MILF sudah pasti memberi manfaat kepada kumpulan mereka. Tidak menjadi rahsia lagi Manila sudah mengiktiraf MILF sebagai wakil sah penduduk Islam selatan Filipina dan menyisihkan MNLF dalam rundingan damai terbaru. MNLF walaupun sudah tidak mempunyai kekuatan seperti yang dimiliki dua dekad lepas tetapi masih mampu mengkucar-kacirkan keadaan kerana mereka mempunyai pengaruh yang agak kuat terutama sekali di Zamboanga City dan Davao City. Strategi MNLF adalah cuba mengaitkan beberapa negara Islam dalam menyokong perjuangan mereka dengan harapan secara tidak langsung boleh memberi tekanan kepada Manila. Dalam hal ini Malaysia mahu tidak mahu telah terpalit dengan kemelut MNLF-Manila-MILF terutama sekali apabila faktor sejarah lampau Sabah diambil kira. Memang begitu sukar untuk mengawal konflik selatan Filipina yang telah berlarutan lebih empat dekad dan telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa. Manila juga dilihat begitu sukar untuk menstabilkan keadaan di selatan Filipina selagi tiada perjanjian damai yang diterima semua pihak dapat dimuktamadkan. Serangan MNLF ke atas Zamboanga City adalah manifestasi jelas kekalutan keadaan di selatan Filipina. Dari semasa ke semasa Malaysia sudah pasti akan menerima ugutan dan ancaman yang berpunca daripada senario keadaan di selatan Filipina. Tetapi berlandaskan pengalaman Kuala Lumpur menangani peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada Mac lepas, ugutan dan ancaman tersebut walaupun dalam bentuk retorik tetapi mampu ditangani jika ia menjadi realiti. Perairan Sabah yang kini berada dalam Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) bukan lagi sempadan yang mudah dicerobohi. Tetapi apa yang lebih kritikal adalah Esscom bukan sahaja dilengkapi dengan aset pencegahan pencerobohan berteknologi tinggi tetapi juga mempunyai kemampuan risikan yang lebih bersepadu. Sebab itu apabila Pejabat Daerah Tambunan menerima surat ugutan Sabah akan diserang pada Julai lepas, analisis dapat dilakukan dengan sahih dan cepat kerana adanya maklumat risikan. Begitu juga apabila MNLF mendakwa terdapat 4,000 pejuang Tausug yang boleh dikerahkan untuk berperang di Sabah dan Sarawak, Kuala Lumpur dengan pantas dapat menilai ugutan tersebut sama ada retorik atau realiti berpandukan maklumat risikan daripada Esscom.

Kronologi Kemunculan Syiah.......!!!

(1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab. (2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah). (3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Beliau datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab. (4) Tragedi subuh, Umar dibunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri. (5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yang mengaku masuk Islam.(6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, Kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya. (7) Utsman dibunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yang berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin. (8) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yang dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran. (9) Munculnya pelbagai aliran Syiah yang berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali. (10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Manakala dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yang berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yang tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam di seluruh dunia termasuk Syiah Melayu di nusantara.(Syiah jadian). (11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat Muslim]. Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yang bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja'far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam Al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yang dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.

Tuesday 10 September 2013

Filem "Tanda Seksual" Di Pawagam......!!!???

Filem terbaru kini di pawagam mulai 29 Ogos 2013. Tontonilah segera sebelum tiket habis dijual....!!!

Senyuman Pagi.......!!!

Harga ayam naik, Jangan makan ayam. Harga minyak naik, Jangan naik kereta atau motor.....Naik bas! Tambang bas pun naik, ikut saja cara dalam gambar ini......!!!??? hehehehe......

Dalang Lahad Datu Didedah.......!!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bekas teman karibnya, Raja Petra Kamaruddin sebagai dalang insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah. Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa. Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram.... Menurut Raja Petra, permulaan kepada perancangan membawa masuk pengganas Kiram bertitik tolak pada pertemuan antara Anwar dan Misuari di Hotel Crown Plaza, Jakarta pada 16 Julai 2012. Selepas pertemuan sulung itu, pakatan tiga pemimpin PKR itu tegas Raja Petra, mengatur perjumpaan lain untuk merancang strategi bagi menggugat keselamatan negara. "Selain Anwar, orang seperti Tian Chua dan Sivarasa juga terlibat (dalam perancangan dan pertemuan dengan Misuari)," dedah Raja Petra. Beliau tiba dari Manchester, United Kingdom untuk memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Raja Petra sebelum ini pernah mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang itu mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu dalam artikelnya. Artikel berkenaan yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu. Raja Petra turut menegaskan, Anwar tidak pernah menafikan pertemuan dengan Misuari. Sehubungan itu, Raja Petra mengesyaki ada agenda tersembunyi antara Anwar dan Misuari. "Anwar tidak pernah menafikan beliau pernah bertemu dengan Misuari. Tian Chua dan Sivarasa juga tidak menafikan pertemuan itu," sambung Raja Petra lagi. Tegas Raja Petra, pemimpin-pemimpin PKR itu sebaliknya hanya menafikan perjumpaan itu ada kaitan dengan isu Lahad Datu. Raja Petra berkata, kesanggupan beliau terbang jauh ke Jakarta ialah untuk direkodkan keterangannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan. Justeru, beliau tidak akan menafikan apa yang beliau tulis kepada polis dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penerbitan artikel itu.

Monday 9 September 2013

PAS Sokong Syiah.......!!!???

PAS dan pengikut serta penyokong mereka terutama di Kedah memberi alasan yang paling melucukan sebab-sebab utama mereka tidak sokong undang-undang syariah mengharamkan Syiah di Kedah yang diusulkan dan diluluskan oleh DUN Kedah. Antara alasan yang paling melucukan ialah, Pakatan Pembangkang (PP) tidak mahukan undang-undang baru untuk tangani ancaman Syiah tetapi sebaliknya hudud yang dilihat lebih berkesan menangani ajaran berkenaan mahupun ajaran-ajaran sesat yang lain. Malangnya, penyokong PAS berkenaan hanyalah melihat isu hudud sebagai isu yang mempopularkan PAS tetapi gagal mengenalpasti, pada bahagian manakah dalam hudud itu sendiri, wujudnya hukuman untuk Syiah dan ajaran sesat lain selain daripada Murtad! PAS sebelum ini menafikan yang mereka menyokong Syiah. Namun tindakan terbaru mereka di DUN Kedah membuktikan, Syiah dan PAS memang tidak boleh dipisahkan. Ketika PP perintah Kedah sebelum ini pun, Ustaz Azizan dan kerajaan PAS Kedah berkata tidak akan laksanakan hudud tanpa sokongan rakan komponen dari DAP dan PKR. Begitu juga kenyataan pemimpin PAS Perak, Nizar, ketika beliau memerintah Perak seketika dahulu....Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin PAS seperti Dr Dzulkefly, Khalid Samad dan beberapa pemimpin PAS yg lain… PKR pula jelas tidak meletakkan hudud sebagai perjuangan parti.....Rujuk juga kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid …kalau UMNO tidak mahu buat hudud, begitu juga PAS, PKR DAP dan lain-lain. Mungkin dulu PAS bersungguh ingin laksanakn hudud, tapi semenjak PAS dalam gabungan PP, hudud bukan menjadi perjuangan utama. Jadi kalau PAS dan PP sendiri tidak bersungguh ingin laksankan hudud, maka tidak perlulah diperbesarkan isu hudud lagi.”

Lim Guan Eng slammed for running country down.......!!!

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has been taken to task for running the country down during an official mission to woo foreign investors in Hong Kong. SEMUT (Sensible and Ethical Malaysian United Team) president Huan Cheng Guan said Lim had to justify the use of state funds to go abroad with a delegation only to run down the Government and the country. “Lim must explain why he persisted in running down and shaming our country in a most unethical manner,” he said. Lim had taken part in a state investment delegation to Hong Kong at the same time as another mission by International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed on Sept 5.... Huan said Lim gave a false impression to the audience that Malaysia was not a safe place. He lambasted Lim for claiming that the Federal Government had resorted to phoney measures to cut costs. “Would any sane investor want to invest in Penang or Malaysia after hearing this from a state leader?” asked Huan. He also slammed Lim for claiming that Barisan Nasional had avoided tackling real problems such as crime, corruption, rising debts, declining education standard and productivity and workforce issues.

Sunday 8 September 2013

Ahli Kongsi Gelap Sertai Politik......!!!???

Kementerian Dalam Negeri sudah mengenalpasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap". "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan. Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Isu Perkauman Mainan Pembangkang

Kejayaan DAP mengukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada PRU13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme. Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang. Setelah DAP mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar. Sekolah tidak lagi menjadi medan pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelangggang politik oleh pembangkang. Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Pembangkang tidak mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka. Isu terbaru yang ingin dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee. Kedatangan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu. Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya untuk menyelamatkan kuil tersebut. Kedudukan sebenar tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi dan perkauman. Malah mereka menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan berhubung isu itu. Dalam kenyataan dan penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut. Apa yang ingin dilakukan oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil tersebut. Dari segi undang-undang, tempat agama seperti kuil, tokong, gereja hatta masjid sekali pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran. Tempat ini adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai lokasi perniagaan. Di dalam kes kuil tersebut, restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun kumpulan-kumpulan gangster India. Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang. Tindakan tegas pihak polis membanteras kumpulan samseng dan gangster melalui Ops Cantas Khas telah menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat. Apatah lagi jika premis kuil dijadikan markas kumpulan gangster, maka pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali demi keselamatan awam. Pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk mengelakkan gejala gangsterism di kuil tersebut. Kerajaan tidak perlu apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat. Ops Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.