Wednesday, 25 September 2013

Pemilihan UMNO: Calon Dilarang 'Promosi' Diri.......!!!

Calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi. Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan UMNO setiap negeri. Menurutnya, Badan Perhubungan UMNO Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober. "Calon tidak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan UMNO". "Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang media Pemilihan UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC". Tambahnya, calon yang bertanding juga tidak boleh menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis membabitkan ahli-ahli kecuali yang telah ditetapkan Ibu Pejabat UMNO atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri. Pemilihan UMNO kali ini bakal menyaksikan 260 calon berentap bagi merebut jawatan-jawatan peringkat tertinggi dalam sayap parti termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan sebagainya. Megat Najmuddin juga berkata, peraturan pemilihan UMNO bagi kali ini juga tidak mempunyai perubahan dari segi tata etika dikeluarkan pada 15 Julai 2013. "Tidak ada perubahan tata etika untuk pemilihan kali ini.....tapi tak boleh berkempen secara melulu ataupun membuat fitnah," katanya. Matmerapu secara peribadi melihat bahawa calon tidak dibenarkan berkempen secara bersendiri agak kurang tepat kerana ianya bakal 'mematikan' inisiatif calon berkempen malah ianya tidak menzahirkan sebarang masalah asalkan calon tidak menyimpang daripada tata etika dan berkempen secara berhemah tanpa sebarang fitnah. Program untuk calon berjumpa dengan wakil pemilih juga seharusnya lebih terbuka.....apakah dibimbangi akan berlaku 'politik wang' dalam program sedemikian.....??? Ianya boleh dipantau oleh Lembaga Disiplin asalkan segala program pertemuan tersebut dimaklumkan kepada pihak UMNO Pusat. Janganlah kita "kuburkan inisiatif" calon sebelum mereka melangkah......!!!

No comments:

Post a Comment