Monday 30 September 2013

PRK Sungai Limau: Underdog UMNO Bakal Menggempur.......!!!

PAS dilihat terlalu yakin bahawa mereka mampu mempertahankan DUN Sungai Limau dalam PRK nanti berdasarkan khidmat bekas Menteri Besarnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan itu sebelum ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan telah berjaya mengekalkan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut. "Ini maruah kita. Lima penggal PAS mengekalkan kuasa bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti," katanya. PAS dijangka menggerakkan jentera supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu dan Matmerapu difahamkan bahawa Jawatankuasa Khas ditubuhkan sebagai persiapan menghadapi PRK nanti. "Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar," katanya. Pada PRU lalu, Azizan berjaya mempertahankan DUN Sungai Limau selepas menewaskan calon BN dan dua calon Bebas dengan majoriti 2,774 undi. Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mengakui BN sebagai 'underdog' dalam PRK kelak dan mengakui DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS. "Maksudnya, kita datang ke sini dalam keadaan kecil dan peluang untuk menang juga payah... Ini satu pengakuan". "Cuma kami sebagai sebuah parti yang menepati janji, menawarkan satu bentuk peluang kepada rakyat Sungai Limau untuk bergerak bersama dalam arus pembangunan perdana yang kita sedang rangka untuk Kedah". "Oleh itu kita dapat pastikan peluang untuk kita bawa kemajuan ke seluruh pelusuk Kedah lebih meluas, tidak kira di kawasan yang ADUN dari PAS atau BN," katanya. Manakala, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 3 Oktober ini untuk menetapkan tarikh PRK DUN itu selepas menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi itu. Walaupun UMNO dilihat sebagai underdog namun untuk menawan kerusi DUN Sungai Limau bukanlah satu perkara yang mustahil. Matmerapu turut difahamkan bahawa bakal calon PAS adalah dari kepimpinan PAS Kedah dan merupakan seteru Allahyarham Tan Sri Azizan yang sering bertindak secara counter productive terhadap segala usaha Allahyarham sewaktu PAS memerintah negeri Kedah. Pemilih berdaftar DUN Sungai Limau diseur agar bangun membela Azizan dengan memprotes dan memberi kemenangan kepada calon BN/UMNO. Calon PAS perlu diberi pengajaran pahit kerana menjadi "petualang" dan "pengkhianat" terhadap Allahyarham. Kekalahan PAS pada PRK nanti juga tidak akan merugikan rakyat Sungai Limau malah bakal menggamit arus pembangunan demi kesejahteraan kesederhanaan. UMNO sebagai underdog juga bakal menggempur DUN Sungai Limau demi kesinambungan keselesaan hidup rakyat kerana calon PAS adalah MUSUH Allahyarham Tan Sri Azizan......!!!

No comments:

Post a Comment