Wednesday 18 September 2013

Satu Juta Rakyat Merana Akibat Ketiadaan Air.......!!!???

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, atas 30 tuduhan mencemarkan Sungai Selangor yang menyebabkan hampir sejuta pengguna di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air, akhir bulan lalu. Ng Kim Bok, 55, dan isterinya, H’ng Soo Chiew, 56, masing-masing menghadapi 30 dan 20 pertuduhan mengikut Akta Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999. Pasangan itu menghadapi 20 pertuduhan sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty. Kim Bok menghadapi 10 pertuduhan lagi sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Workshop. Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24(1), 25(1) dan 34B(1)(a) Akta Alam Sekeliling dan Seksyen 41(4) dan 79(1)(d) Enakmen LUAS. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan melepaskan bahan buangan terjadual SW 311 iaitu minyak di atas tanah dan dalam sungai tanpa lesen, melupuskan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekeliling serta mengambil air dari sumber air tanpa kelulusan Pengarah LUAS. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.50 hingga 11.40 pagi di premis di Sungai Gong, Lot 35222, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak. Pasangan itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

No comments:

Post a Comment