Sunday, 22 September 2013
Penyandang Naib Presiden UMNO Tidak Gentar Hadapi Saingan........!!!
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak gentar berhadapan saingan dalam mempertahankan jawatan Naib
Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini. Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya
kepada anggota parti dalam membuat pemilihan dan yakin mereka bijak membuat penilaian terhadap masa depan kepimpinannya.
"Perjuangan saya sudah bermula sejak 20 tahun lepas dari peringkat Bahagian sehingga Ketua Pemuda serta menerajui banyak kementerian. Yang penting, hati tidak boleh terhakis daripada UMNO biarpun kalah atau menang.
"Dengan tambahan pihak yang mahu bertanding naib presiden, saya fikir ia tidak banyak bezanya berbanding (pertandingan) sebelum ini kerana yang penting keikhlasan saya bekerja sudah terbukti dan yang menentukannya adalah anggota parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Merdeka Raya peringkat Parlimen Sembrong. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Dalam pada itu, katanya pindaan Perlembagaan UMNO jelas merupakan langkah baik apabila 90 peratus daripada 20,300 cawangan UMNO seluruh negara selesai bermesyuarat dengan lancar. Beliau bersyukur memandangkan anggota parti bersikap matang tanpa sebarang
serangan peribadi mahupun sikap berpuak-puak. "Di Sembrong pula menyaksikan 40 peratus muka baharu dalam kepimpinan 64
cawangan. Ini bermakna kita boleh lakukan perubahan tanpa mengeruhkan perjuangan dalam parti," katanya. Matmerapu melihat jika ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO bergabung tenaga dengan dibantu oleh UMNO Bahagian negeri Pahang, peluang mengekalkan jawatan agak cerah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment