Sunday 29 September 2013

PRK N.20 Sungai Limau: Siapakah Calon BN.......!!!???

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Limau di Jerai kini kosong ekoran kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, tetapi UMNO membayangkan sudah mempunyai dua nama yang sesuai untuk PRK nanti. SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRK tersebut dan akan bermesyuarat pada 3 Okt ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. Dua calon yang dibayangkan UMNO ialah Dr Suhaimi Lazim pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau. Manakala seorang lagi ialah bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Hamid Mansor, anak tempatan Sungai Limau. AJK UMNO Jerai, Abdul Aziz Din berkata, parti itu mesti meletakkan calon ada pendidikan agama yang tinggi bagi berdepan dengan calon PAS. Oleh kerana Sungai Limau adalah kubu kuat PAS, UMNO tidak boleh meletakkan calon sembarangan. Calon yang berlatarbelakang agama dianggap lebih sesuai kerana DUN ini adalah kawasan Melayu dan terdapat empat sekolah pondok. “Dua nama itu merupakan calon yang sesuai untuk menghadapi PAS di Sungai Limau, tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya. Sungai Limau, kata Abdul Aziz, merupakan kubu PAS, malah allahyarham Tan Sri Azizan sudah menjadi ADUN sejak tahun 1995. Pengaruh Azizan cukup besar di Kedah apatah lagi di Sungai Limau meskipun tidak sepopular Mohamad Sabu mahupun TG Nik Aziz Nik Mat, tambah beliau. Kekuatan PAS di Sungai Limau kerana ada beberapa sekolah pondok agama yang lebih cenderung kepada PAS. Salah satu ialah pondok Pak Ya, sekolah pondok yang diasaskan oleh ketua ulama PAS Kedah, Datuk Yahya Othman. Oleh kerana Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, parti itu tidak sukar mencari calon pengganti Azizan. BN khususnya UMNO yang diberi mandat telah kalah tiga kali berturut-turut termasuk pada PRU13, 5 Mei lalu. Bagaimanapun, Matmerapu melihat di bawah kepimpinan baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, peluang calon UMNO menang kerusi Sungai Limau menjadi 55% berbanding PAS 45% tanpa mengambilkira factor calon. Beliau berkata, Mukhriz bukan sahaja diterima oleh penyokong UMNO tetapi juga di kalangan orang PAS kerana mereka turut bekerja memenangkan Menteri Besar itu dalam PRU lalu.

No comments:

Post a Comment