Tuesday, 17 September 2013

Anwar Akan Jumpa Pope Di Rom Dalam Masa Terdekat.......!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Pope Francis di Rom semasa sesi dialog yang dianjurkan dengan pemimpin peringkat tertinggi antara agama, Islam, Kristian dan agama lain tidak lama lagi. “Pope berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya,” kata Anwar ketika berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang. Anwar dilaporkan turut menjangkakan perjumpaan itu akan menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam di Malaysia. “Mereka mungkin berkata saya mahu menukar kepada agama Kristian. Ini adalah masalah kita, itulah sebabnya kita terus berjuang untuk kebebasan, demokrasi, dan perubahan,” katanya. Terdahulu Anwar memuji Pope yang telah menghantar ucapan Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia. Dalam mesej itu, Pope telah menyeru umat Kristian dan Islam supaya saling hormat-menghormati.

No comments:

Post a Comment