Thursday, 6 June 2013
DAP Punca Perpecahan Kaum - Tun Dr. Mahathir
Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.
Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan PRU13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada BN dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.
"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.
"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc 6hb Jun 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment