Sunday, 21 September 2014
#PRK Pengkalan Kubor: Wanita Cuba Menyamar Sebagai Petugas SPR......!!!
Seorang wanita tidak dikenali berusia 50-an dikesan cuba menyamar sebagai petugas SPR ketika proses pengundian awal masih lagi berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
Wanita berasal dari Klang, Selangor itu dipercayai memasuki pusat pengundian awal itu menggunakan pas SPR yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Pada awalnya, wanita berkenaan juga mengakui dia dihantar untuk bertugas sebagai petugas pilihan raya oleh Ibu Pejabat SPR, namun selepas soal selidik dan pemeriksaan dilakukan, wanita itu gagal menunjukkan sebarang bukti.
Sejurus selepas itu, pegawai SPR mengarahkan wanita berkenaan keluar daripada pusat pengundian awal itu kira-kira jam 12.05 tengahari. Terdahulu, petugas SPR juga berkata, wanita itu berada di kawasan pengundian awal itu sejak jam 11.30 pagi, turut meminta dua helai baju T daripada pegawai SPR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment