Monday, 1 September 2014
"MH 370' Ditemui Bersama Pemiliknya......!!!
Pemilik nombor pendaftaran kenderaan MH370 akhirnya ditemui. Seorang pesara tentera, Othman Ahmad, 68, adalah pemilik nombor pendaftaran tersebut, yang didaftarkan pada motosikal Honda C70 berusia 35 tahun.
Nombor pendaftaran tersebut dicari kerana angkanya yang sama dengan kod pesawat MAS yang sehingga kini masih belum ditemui. Gambar nombor pendaftaran itu dimuatnaik ke laman Facebook, membuatkan ramai yang tertanya siapakah pemiliknya.
Othman pernah ditawarkan RM500 oleh dua lelaki yang mahu membeli motosikal tersebut yang kini berada di bengkel anaknya untuk diperbaiki. Tawaran itu ditolak, namun Othman memberitahu bersedia melepaskan motosikal itu andai ditawarkan dengan harga yang setimpal.
Othman bercadang menyalurkan wang hasil jualan motosikal itu kepada badan kebajikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment