Sunday, 12 October 2014
Pembentangan Bajet 2015: Anwar Tidur Nyenyak........!!!???
Nampaknya ketua pembangkang lebih berminat untuk tidur daripada mendengar pembentangan Bajet 2015. Ini nampaknya pertama kali terjadi di mana-mana negara di dunia apabila Ketua Pembangkang tidur dalam pembentangan bajet negara.
Umum ketahui bahawa Ketua Pembangkang merupakan "shadow Prime Minister" dari pihak pembangkang di mana shadow Prime Minister ini sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri di dalam dewan Parlimen.
Namun alangkah ruginya bagi rakyat Malaysia apabila Ketua Pembangkang tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk berdebat dengan Perdana Menteri. Anwar sepatutnya menggunakan peluang yang ada ini demi merungkai kelemahan dalam Bajet 2015, jika ada. Anwar tidak perlu hendak cabar Perdana Menteri untuk berdebat di luar Parlimen apabila di dalam Parlimen pun beliau ambil tidak endah dalam pembentangan bajet yang dibuat. Lebih elok PR mencari Ketua Pembangkang yang baru, yang bertenaga daripada Anwar yang nampaknya semakin hari semakin longlai dan lemah. Adakah kerana beliau kini sedang menghitung hari...!!???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment