Wednesday 24 July 2013

PRK Kuala Besut: BN Kekalkan Kemenangan......!!!

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dalam PRK ini dengan meraih majoriti yang lebih besar iaitu 2,592 undi. Kejayaan ini meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, memperoleh 8,288 undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan 5,696 undi. Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158 undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan. Pada PRU13, jumlah keluar mengundisebanyak 87 peratus. Menurut SPR, jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dansembilan orang pengundi pos. Dalam PRU13, pengundi DUN Kuala Besut memberi 8,809 undikepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434. Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Besut. MatMerapu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon BN, Timb Perdana Menteri dan seluruh jentera kempen kerana telah berjaya melenyapkan impian serta menafikan hasrat PAS. Inilah petunjuk awal ke arah kemerosotan sokongan PAS bukan sahaja di Kuala Besut dan Terengganu malah di seluruh kawasan majority Melayu. Dengan kemenangan BN dalam PRK ini, BN kini kembali kukuh dalam landskap politik Terengganu dengan majority mudah 17 kerusi DUN berbanding pembangkang 15 kerusi.

No comments:

Post a Comment