Tuesday, 22 January 2013
Bloggers Bekas Tentera Pro-Pembangkang
Media baru atau siber - landasan maklumat tanpa sempadan memberi banyak faedah kepada pengguna tidak terkecuali keburukan ketara. Tidak kurang juga yang menjadikan medium ini untuk memfitnah dan bohong melampau terutama di kalangan bloggers bekas tentera pro-pembangkang (BBTPP). Matmerapu akan cuba mengupas personaliti kelompok bekas tentera ini. Jika diteliti, diperhalusi dan disemak dengan sumber di pasukan mereka pernah berkhidmat dan melalui temubual sahabat dan rakan akrab mereka.....ternyata semua BBTPP ini adalah bersifat anti-establishment, egoist, self-centred, pembohong (hanya bijak 'menanam tebu di bibir'), gemar menyebarkan fitnah dsb namun yang agak ketara - over confident!!
Mereka terus melampau memfitnah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kerajaan dengan pelbagai pembohongan. Matlamat busuk mereka ini tertumpu untuk meracuni minda warga ATM dan bekas tentera sebagai sasaran utama sekaligus menanam persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap kerajaan. Adakalanya artikel yang dipaparkan berbaur hasutan dipengaruhi syaitan. Adakah mereka ini 'Syaitan Bertopengkan Manusia'? Tepuk dada tanya selera. Namun....jawapannya jelas lagi nyata ibarat 'sudah terang lagi bersuluh' hahahahaha!!!!!
Yang agak sedih....BBTPP ini masih tidak sedar bahawa mereka dijadikan "alat" oleh individu yang ingin berkuasa untuk hancurkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran negara yang telah kita kecapi sejak merdeka. Atau sememangnya BBTPP ini sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan peribadi - ada yang mendapat habuan kocek, tidak kurang yang mengintai dan mempromosi diri sendiri untuk menjadi calon PRU 13 malah ramai yang sememangnya bersifat pembohong. Sedarilah sekalian BBTPP bahawa usaha anda ibarat 'membubuh garam di laut' dan insaflah agar anda tidak terus dilabelkan sebagai 'kacang lupakan kulit'. Muhasabahlah diri akan Talkin ini - mati itu benar, syurga dan neraka juga benar, amal dan mungkar akan diperhitungkan secara bersaksi itu benar, akhirat juga benar.......
Kesimpulannya, tiada nur dalam usaha dan tindakan anda selama ini melainkan diperalatkan seperti 'Kerbau Dicucuk Hidung'. Jangan sesekali melontar fitnah dan bohong melampau lagi terhadap ATM dan kerajaan.......Bertaubatlah sebelum matahari terbit di ufuk barat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment