Sunday, 20 January 2013
Pasca PRU 13-Pentingnya Kesinambungan Kuasa BN
PRU 13 kini semakin hampir dan dilabelkan sebagai "Ibu" kepada segala pilihan raya sejak merdeka. Trend pengundi masakini bagi Semenanjung ibarat bursa saham ditutup bercampur-campur. Pengundi Melayu bandar dan pinggir bandar lebih condong kepada Pakatan Pembangkang (PP) manakala Melayu luar bandar masih kukuh sokongan mereka terhadap BN. Sokongan pengundi Cina pula lebih memihak kepada PP berbanding BN manakala sokongan pengundi kaum India kekal kepada BN. Trend ini bakal berubah semasa kempen pilihan raya nanti terutama sebaik sahaja nama calon yang bertanding diumumkan oleh BN dan PP.
PRU 13 kelak bakal memperlihatkan 'uphill task' kepada BN dan PP. Tiada jalan mudah untuk memperoleh kemenangan 2/3 majoriti bagi kedua-dua pihak. Kuasa kini berada di tangan pemilih berdaftar untuk membuat keputusan bijak dalam memilih kerajaan bagi penggal 2013-2018. Justeru, jangan tersalah pilih kerana ianya boleh membawa padah.
Corak dan pendekatan Kerajaan BN sentiasa bertambah baik setiap hari sejak merdeka. Kepentingan rakyat sentiasa diutamakan terutama kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak melalui pelbagai Transformasi Kerajaan. Rakyat hendaklah sedar bahawa banyak lagi program transformasi(demi kepentingan rakyat) yang bakal diumumkan oleh kerajaan BN. Berilah mandat untuk kesinambungan kuasa BN kerana ianya amat penting untuk kita sama-sama menikmati keharmonian, keselesaan dan kebaikan kehidupan. Janji BN ditepati manakala janji PP hanya memberi harapan tetapi belum tentu ditunaikan oleh mereka. Renungkanlah bahawa senarai panjang janji PP terdahulu (PRU 12)masih belum tertunai. Pengundi Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang memberi undi mereka kepada PP dulu telah ditipu, dibohongi dan diperdaya. Apakah mereka sanggup ditipu, dibohongi dan diperdaya lagi oleh PP sempena PRU 13 nanti? Bangun dan sedarlah.....Ayuh!! kita sama-sama menumbangkan kerajaan PP di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Hanya pengajaran pahit ini yang dapat membuat mereka (PP) lebih insaf agar tidak secara berterusan menipu rakyat. Ketahuilah bahawa PP lebih pentingkan kuasa politik daripada mendekati denyut nadi rakyat!!! PP sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang rakus kuasa, pembohongan dan fitnah melampau.
Sematkanlah dengan kuat di sanubari anda semasa "memangkah kertas undi" akan pentingnya kesinambungan kuasa BN demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat. Jangan sekali-kali memberi peluang kepada PP untuk menawan Putrajaya dan matikanlah hasrat untuk "cuba merasa pemerintahan PP di peringkat pusat" jika kita tidak mahu negara Malaysia tergadai dan musnahnya segala kebaikan yang dibina BN sejak merdeka.Hanya satu pilihan - Undilah BN menjelang PRU 13 kelak!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment