Thursday, 17 January 2013
Kecelaruan Pakatan Pembangkang
Tarikh matang parlimen setakat 28 Apr 2013 ini, tiada lagi elemen 'surprise' atau kejutan mengenai tarikh pembubaran parlimen. Coretan sejarah dicatatkan - penggal pemerintahan terpanjang dalam sejarah politik tanahair.
Menjelang PRU 13, Pakatan Pembangkang (PP) kekal dalam kecelaruan dan kekalutan dengan pelbagai isu namun mereka berterusan melemparkan fitnah dan pembohongan melampau demi kerakusan kuasa individu atau kumpulan individu tertentu.BN menjadi sasaran fitnah mereka malah PM dan isteri turut menjadi sasaran utama serangan PP.
Dalam kecelaruan dan kekalutan PP,mereka terus mempengaruhi pengundi melalui landasan "harapan" dengan pelbagai janji yang retorik. BN pula dilihat kurang aktif di tahap maksima untuk mengambil peluang terbuka bagi mengekalkan inisiatif untuk mengeksploitasi situasi PP yang semakin lemah khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
PP juga mengakui bahawa mereka agak sukar menembusi pengundi Melayu di kawasan mengundi luar bandar yang mementingkan apa jua aspek yang boleh memenuhi denyut nadi kehidupan harian mereka. Justeru, kelemahan PP di kawasan berkaitan sewajarnya dieksploitasi secara menyeluruh oleh jentera BN terutama UMNO.Kesimpulannya mudah, jika BN terus menguasai pengundi kawasan luar bandar, PP tidak mampu menawan Putrajaya.
Kecelaruan PP kini amat terdedah kepada serangan BN. Perbagai isu terus menghantui PP seperti janji pilihan raya 2008 yang masih belum tertunai, kelemahan pengurusan kerajaan negeri pembangkang dsb hendaklah diserang secara habis-habisan oleh BN melalui pelbagai landasan - pendekatan secara bersemuka, geraksaraf & perangsaraf termasuk operasi media bagi menguasai persepsi positif rakyat terhadap kerajaan pimpinan BN.
Saf BN perlu dirapatkan, serangan BN hendaklah tertumpu kepada pusat graviti kelemahan PP yang menonjol, operasi media dipeluaskan, rakyat didekati dengan memenuhi kehendak denyut nadi mereka mengikut keutamaan keperluan domestik mereka, pembohongan dan fitnah PP perlu dineutralisasikan segera melalui pendekatan penerangan dan penjelasan secara telus dsb. Jika ini dilaksanakan oleh BN secara menyeluruh dan bersepadu, BN tidak perlu bimbang untuk menghadapi PRU 13 nanti yang semakin hampir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment