Thursday 17 January 2013

Kategori Pengundi

Kumpulan Pertama: "Mengamalkan sikap bertanggungjawab untuk keluar mengundi. Ada yang menzahirkan sokongan mereka secara nyata. Tidak kurang juga yang langsung tidak mempamerkan kecondongan sokongan mereka secara zahir dan dilabelkan sebagai 'pengundi Atas Pagar', mereka inilah yang bakal menentukan kemenangan calon/parti yang bertanding". Kumpulan Kedua: "Bertanggungjawab untuk keluar mengundi dan menzahirkan sokongan mereka secara bermuka-muka. Di kertas undi - memberi undi kepada pihak lawan atau merosakkan kertas undi secara sengaja. Inilah 'gunting dalam lipatan', 'musuh dalam selimut', 'musang berbulu ayam' dan 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Jika wujud golongan ini dalam parti, nescaya ianya akan membawa padah!!" Kumpulan Ketiga: "Langsung tidak ambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar. Sibuk mementingkan diri dengan pelbagai alasan". Justeru, sedarilah bahawa setiap undi amatlah penting dalam sistem demokrasi negara. Justeru, semua pemilih berdaftar adalah disarankan untuk keluar mengundi di Hari Pembuangan Undi yang bakal ditetapkan oleh pihak SPR nanti. Hindarilah daripada terjerumus dalam kategori pengundi Kumpulan Kedua. Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai Pemilih Berdaftar sempena PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment