Thursday, 6 February 2014
#PRK Kajang: Ulasan dan Komen......!!!???
Matmerapu menolak logik MB,tangisan Rafizi sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya,kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidakselarasan kuasa. MB vs Pengerusi Negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tidak berani mengambil Pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antara Khalid dengan Azmin. Seperti Anwar mengimbangkan DAP dengan PAS. Banyak rungutan terhadap MB yang kedekut terhadap parti. Dengan PRK ini, mungkin terdapat peluang duit Selangor turun ke parti. Dari sudut rakyat, kerosakan parti tidak wajar melibatkan rakyat. Masalah rakyat hanya dalam lingkungan kehidupan mereka sahaja. Jika Azmin bersama 12 ADUN lompat menyebabkan Selangor jatuh ke BN, berlaku lebih banyak kerugian, maka, rakyat berpandangan ini semua parti (PKR) punya hal.Rakyat tetap diheret dengan perihal parti punya hal. Sama ada besar (PRK Kajang) atau jauh lebih besar (Selangor jatuh). Bagi pihak rakan sekutu PKR (PAS dan DAP), perihal Putrajaya dan juga Selangor bukan hak mutlak milik PKR. Apa sahaja strategi yang diputuskan PKR, rakan sekutu perlu setuju. PKR tidak mempunyai ideologi. Satu parti yang bergerak laju berdasarkan populariti isu. Dalam melaksanakan satu-satu tindakan berdasarkan keadaan isu semasa, apakah asas rujukannya? Apakah falsafah yang menjadi pegangan? Buku dan metodologi mana yang dirujuk? Adakah tindakan yang diambil ini melanggar falsafah? Dan apakah falsafah yang dipilih PKR sebenarnya? Mendapatkan keadilan dan Putrajaya adalah sasaran. Bukan ideologi. Media BN menyerang secara polisi / manifesto / aspirasi PR dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan bangkit menyokong Anwar di Kajang demi melawan BN. Puak jumud PAS ambil kesempatan serang dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan bangkit sokong Anwar di Kajang kerana benci pandangan sempit dan kebelakang mereka. Jika kita ambilkira mood rakyat terkini untuk mengeluarkan belanja dan menghabiskan masa keluar menghadiri demo / ceramah, adalah serupa mood rakyat untuk mengeluarkan belanja / menghabiskan masa untuk membuang undi; tidak mustahil BN boleh menang dengan tipis. Walaupun terdapat desakan dan keperluan oleh beberapa pihak, Matmerapu kurang setuju seandainya PSM bertanding di Kajang. PSM akan menjadi parti yang tiada beza dengan PAS (Kota Damansara dan Sungai Acheh) dan Semenyeh (PKR). Apa pula hujah strategi, Putrajaya,dari PKR jika Anwar kalah dalam PRK Kajang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment