Wednesday, 5 February 2014

Apa Perlunya BN Bertanding PRK Kajang......!!!???

Ada sembilan sebab kenapa Matmerapu kata BN tidak perlu bertanding pada PRK Kajang nanti, antara sebab-sebabnya: Pertama. Perletakan jawatan ADUN PKR itu bukan disebabkan oleh peruntukan perlembagaan, contoh, ADUN mati atau disabit dengan kesalahan oleh mahkamah yang menyebabkan ADUN itu hilang kelayakan, apa yang berlaku di Kajang saling tak tumpah macam apa yang berlaku di DUN Penanti dulu, apabila penyandang kerusi DUN Penanti, Fairuz Khairuddin yang ketika itu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang secara sengaja letak jawatan, berikutan permainan bodoh PKR itu, Najib telah menegaskan bahawa BN tidak akan bertanding di kerusi itu kerana ianya adalah mainan politik PKR dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan perlembagaan.Kedua. Sekiranya BN menang sekali pun, pemerintahan negeri Selangor masih tidak berubah, Pakatan Pembangkang masih dan tetap menjadi kerajaan negeri.Ketiga. Pecahan pengundi Cina di DUN Kajang ialah 40.46% yang sudah pasti akan memberi undi solid kepada PKR, perlu diingat, Kajang adalah lubuk Dong Jio Zong, NGO pelampau Cina, kolej new era adalah pusat gerakan untuk NGO pelampau itu, pengaruh benci kepada kerajaan telah lama berakar di Kajang.Keempat. Pengundi Melayu sebanyak 48.48% akan pecah tiga, mungkin kalau ada calon bebas melayu yang berpengaruh, undi melayu akan pecah 4 atau 5, letaklah calon apa bangsa sekali pun, undi melayu kepada BN akan pecah dan undi Cina solid kepada PKR, ada orang kata, undi india sebagai penentu, Matmerapu lihat India ini lalang, mereka akan sokong siapa yang kuat, maka undi india kita boleh tolak tepi.Kelima. Bukan hendak bagi Anwar menang percuma, tapi, Kajang memang salah satu kerusi selamat untuk Anwar atau pembangkang, itu sebab dia hendak bertanding di situ, sebab dia tahu, undi Melayu akan pecah dan Cina akan solid bagi kat dia, kalau dia berani bertanding la di DUN Batu Tiga, Paya Jaras atau di mana-mana kerusi yang pengundi Melayu melebihi 50%.Keenam. Berapa pula wang yang perlu dihabiskan oleh BN untuk memenangi hati pengundi Kajang yang telah dua penggal pilihanraya menolak BN? Berapa banyak pula wang dari kerajaan persekutuan yang hendak dilaburkan kepada kaum Cina di Pekan Kajang yang terang-terang akan diberikan oleh BN nanti?Ketujuh. Bersediakah jentera UMNO Selangor bagi menghadapi PRK Kajang? betul la, bila PRK, seluruh jentera akan datang membantu, tetapi jenteri local (tempatan) lebih berkesan, tapi bersediakah UMNO dan BN Selangor? Kelapan. Rujuk perenggan 3, Kajang adalah safe seat untuk Anwar, cerita-cerita yang kata Anwar akan ganti Khalid jadi MB akan termakbul sekiranya Anwar menang di Kajang, ada orang kata agak mustahil Anwar boleh jadi MB Selangor kerana dia bukan anak jati Selangor, siapa kata tak boleh? tak ada disebut pun dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor siapa hendak jadi MB mesti anak jati selangor, dengan kata lain, dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hanya disebut, siapa yang hendak jadi Menteri Besar mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan mendapat perkenan Sultan. Sembilan. Daripada membazir duit dan tenaga, pada hemat Matmerapu, biarlah Anwar menang free di Kajang dan jadi Menteri Besar Selangor, memang itu yang orang Selangor hendak kan??? orang Selangor hendak bekas banduan dan pesalah seks menjadi Menteri Besar mereka.....!!!

No comments:

Post a Comment