Monday, 17 February 2014

MCA Sasar Tiga Jawatan Menteri dan Empat Timbalan Menteri......!!!???

Kepimpinan MCA mensasarkan sokongan 100 peratus perwakilan dalam persidangan luar biasa pada 23 Februari ini bagi membolehkan wakil parti menerima jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. China Press melaporkan, sokongan padu tersebut diperlukan untuk memudahkan MCA mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang lebih banyak berbanding MIC. Wakil dari MIC pada ketika ini memegang masing-masing dua jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. MCA dilaporkan cuba memperjuangkan tiga jawatan Menteri dan empat jawatan Timbalan menteri dalam kerajaan. Sumber memberitahu, calon Menteri dari parti tersebut ialah Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden, Datuk Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.Calon yang berkemungkinan dicalonkan sebagai Timbalan Menteri ialah Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Wee Jeck Seng dan tiga Naib Presiden, Datuk Hou Kok Chung, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Lee Che Leong. Sebelum Pilihan Raya 2013, wakil MCA masing-masing memegang empat portfolio Menteri dan dua Timbalan Menteri dalam kerajaan. Menteri MCA pada masa itu ialah Tiong Lai, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen. Timbalan Menteri dari MCA pula ialah Ka Siong dan Datuk Chua Tee Yong.

No comments:

Post a Comment