Tuesday 4 February 2014

PRK Kajang: PAS Redha Diperkuda Anwar......!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju membantu Anwar mencapai hajat menjadi ADUN Kajang di dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Namun begitu, Abdul hadi menegaskan PAS hanya membantu Anwar atas setiakawan di dalam Pakatan Rakyat. Namun PAS tidak sesekali menerima cadangan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Abdul Hadi, keputusan dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS, di pejabat Agung PAS. PAS Pusat dan Negeri akan membantu Anwar berdasarkan keperluannya. "Untuk mengetuai jentera Pilihan Raya PAS, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dilantik untuk memimpin jentera PRK DUN Kajang. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

No comments:

Post a Comment