Wednesday 12 February 2014

#PRK Kajang: Petunjuk Awal Kejatuhan DAP & Pakatan Pembangkang......!!!

Saudara Zulkifli Mohd Noor dari Pulau-Pinang telah memberikan satu kejutan kepada dunia politik tanahair apabila beliau meletakkan semua jawatan terkanan daripada DAP P.Pinang dan juga sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan. Kecewa dengan tindakan-tindakan tidak berprinsip pemimpin-pemimpin terkanan DAP yang mengenepikan hak orang-orang Melayu, telah mendorong beliau meletakkan jawatan. Kini Abg Zul kembali dengan agenda baru bagi memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu untuk bangun dan menentang politik yang berasaskan kebencian semata-mata. Abg Zul juga membawa mesej kepada masyarakat Cina, India dan Bumiputera supaya jangan termakan dengan dakyah politik propaganda yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang terutama kepimpinan muda DAP yang bakal membawa negara ini menuju ke arah 13 Mei yang lebih dahsyat daripada yang pernah berlaku pada tahun 1969 ! Abg Zul telah meluangkan masa tanpa ditaja oleh mana-mana pihak, datang memberi sokongan bagi menghalang agenda jahat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan muda DAP yang racist di mana usaha mereka ini akan menjahanmkan demokrasi di Malaysia. Menurut pandangan Abg Zul " DAP leaders have got no business to be in Kajang". DAP sebagai sebuah badan siasah politik telah menjadi "invalid" atau tidak sah akibat daripada kemelut CEC. Kehadiran pemimpin-pemimpin DAP di PRK Kajang hanya menampakkan kedangkalan mereka di dalam menerima hakikat bahawa mereka telah menjahanamkan parti politik mereka sendiri. DAP tidak mempunyai pemimpin yang sah selagi mana surat ROS bertarikh 6 Dis 2013 masih berkuatkuasa. Message Abg Zul kepada Lim bersaudara - Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah - " don't run down DAP with your invalid actions ". Abg Zul menyeru pengundi-pengundi Cina di DUN Kajang supaya memberi pengajaran kepada pemimpin DAP seperti Guan Eng dan Kit Siang yang telah menghancurkan parti DAP melalui amalan pentadbiran yang tidak berprinsip. Kepimpinan DAP sekarang ini tanpa segan silu dan tanpa mempunyai maruah politik telah menyokong tindakan tidak beretika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengenepikan mandat pengundi-pengundi N.25 Kajang yang telah diberikan kepada pemimpin pilihan mereka pada PRU13 yang lalu. Kepimpinan DAP sepatutnya menjadi hero kepada hak rakyat tetapi malangnya kini telah bersekongkol dengan kepimpinan PKR untuk mencabul hak rakyat. Di mana letaknya kredibiliti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai "political trustees of the people" yang memang arif dari segi prinsip etika politik tentang agenda jahat Datuk Seri Anwar Ibrahim di N.25 DUN Kajang ? Abg Zul, menyeru rakyat Malaysia agar mempertimbangkan semula sokongan yang mereka berikan kepada Pakatan Pembangkang. Rakyat sebenarnya telah tertipu dengan sandiwara politik pemimpin DAP yang berbohong kepada bangsa Cina seterusnya PKR berbohong kepada bangsa Melayu dan India manakala PAS juga telah berbohong kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. Abg Zul memberi amaran keras bahawa pemimpin muda DAP sebenarnya sedang berjinak-jinak dengan politk perkauman dan politik keagamaan yang bakal membawa rusuhan kaum yang terbesar berlaku di Malaysia. Apabila darah sudah tertumpah dan mayat-mayat bergelimpangan di jalanraya serta rumah-rumah dan gedung-gedung perusahaan terbakar, pada masa itu janganlah kita hendak menunding jari. Sekarang ini, jenis politik kebencian yang diamalkan oleh kepimpinan DAP, PKR dan PAS akan menghancurkan negara ini. Rakyat Malaysia harus bangun, sedar dan menolak politik kebencian yang bakal merugikan rakyat semata-mata apabila pemimpin-pemimpin sibuk memperjuangkan agenda kepimpinan parti politik tanpa mengendahkan hak rakyat. PRK DUN Kajang jelas memperlihatkan trend ini dan menjadi bukti kepada rakyat sekelian betapa rakus dan buruknya politik Pakatan Pembangkang. Abg Zul bersama rakan-rakan bertekad untuk menghalang kepimpinan DAP daripada menghancurkan Malaysia dan sebagai tindakan simbolik kepada perjuangan ini adalah kehadiran bekas-bekas kepimpinan Melayu DAP di PRK DUN Kajang. Disertai oleh wakil-wakil NGO Pulau-Pinang dan penyokong-penyokong mereka dari seluruh Malaysia, Abg Zul memberi jaminan bahawa beliau bersama rakan-rakan akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepimpinan DAP terutama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta kepimpinan PAS, akan mendapati PRK Kajang adalah tempat bermula serta petunjuk awal kejatuhan DAP dan Pakatan Pembangkang di Malaysia ! Akhir kata daripada Saudara Zulkifli Mohd Noor kepada seluruh rakyat Malaysia, hayatilah lirik dan lagu Kebangsaan - Negaraku ! Kembalilah mempercayai dan mencintai antara satu sama lain dan tinggalkan politik kebencian demi kesejahteraan kehidupan kita ini.....!!!

No comments:

Post a Comment