Tuesday, 4 February 2014
Muslihat Anwar Bertanding PRK Kajang......!!!
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh didakwa bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang kesalahan di bawah Akta Pilihanraya tidak lama lagi, sebab itu beliau meletak jawatan untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN itu. “Tidak ramai mengetahui sebelum Anwar campur tangan untuk menyelesaikan konflik tersebut, beliau terlebih dahulu menyemak rekod-rekod kesemua ADUN PKR dan secara kebetulan mendapati bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bakal berhadapan tindakan undang-undang tidak lama lagi (kesalahan di bawah Akta Pilihanraya), lapor laman malaysia-today.net. Penulis bernama politikus_picisan menulis di malaysia-today.net berkata perkata-perkara ini telah diekspoitasi oleh Anwar untuk kepentingan dirinya sendiri.“Maka pada Anwar, “it’s about time!” dan menggunakan kesempatan yang ada untuk bertindak! Justeru, Lee Chin Cheh diminta melepaskan jawatannya sebagai ADUN berkuatkuasa serta merta. “Beliau tidak mahu sekiranya Lee Chin Cheh dijatuhi hukuman, kerusi DUN Kajang akan dieksploitasi BN sepenuhnya malah cengkaman PKR di Selangor akan terungkai apabila rakan PR terutama PAS memberi tekanan kepada PKR sendiri,’dedahnya. Menurut penulis, Anwar berminat bertanding di DUN Kajang berasaskan faktor dana. “Sesuatu yag menarik untuk dikongsi adalah kerakusan dan ketamakan Anwar terdedah setelah bertindak menjadi calon bertanding di DUN Kajang.....Selangor diketahui lubuk wang bagi mana-mana parti yang memerintah, justeru Anwar perlu berada dalam kerajaan negeri untuk memastikan dana kepada beliau dan PKR tidak putus". “Berbalik faktor beliau ingin bertanding di DUN Kajang, antara lain ianya disebabkan Anwar punyai maklumat tentang cadangan kerajaan untuk membeli SYABAS dengan nilai sekitar RM6 bilion. Perkembangan ini menarik minat Anwar untuk turut sama memperolehi hasil yang lumayan sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan nanti". “Oleh itu, segala sandiwara berkaitan peletakan jawatan Lee Chin Cheh, pemilihan Anwar sebagai calon DUN Kajang, serta tawaran “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional kepada Dato’ Sri Najib hanyalah sekadar strategi seorang pemimpin licik untuk melarikan dari dari pelbagai isu yang dihadapinya – kes perbicaraan mahkamah berkaitan samannya kepada Dato Nalla, isu anaknya Nurul Izzah dan isu berkaitan penggunaan Kalimah Allah yang semakin membarah di kalangan umat Islam dewasa ini". “Tidak terkecuali adalah faktor kekayaan kerajaan negeri yang membuatkan Anwar bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik berkenaan dengan cara bertanding sebagai ADUN Kajang. Lagipun Anwar sedar tajaan kepadanya semakin berkurangan setelah janji beliau untuk menawan Putrajaya pada PRU13 lalu gagal,” dedahnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment