Sunday, 23 February 2014
#PRK Kajang: Peluang Zaid Menang DUN Kajang Tipis.....!!!???
Peluang Datuk Zaid Ibrahim untuk memenangi PRK DUN Kajang adalah tipis jika beliau bertanding sebagai calon Bebas, kata penganalisis politik, Prof Fuad Mat Jali. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, secara tradisinya pengundi di DUN Kajang menolak kehadiran calon Bebas."Penduduk di situ yang terdiri daripada kumpulan elit, profesional, ahli perniagaan dan lain-lain bidang tidak mungkin menerima calon 'payung terjun' yang datang dari luar," katanya. Tambah beliau, menerusi PRU13, kesemua tiga calon Bebas hilang wang deposit dengan jumlah keseluruhan undi mereka hanya 417.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat bekas menteri Kabinet itu bertanding di DUN Kajang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK yang akan diadakan pada 23 Mac depan. Menurut Fuad lagi, MCA mempunyai peluang dan bukan sesuatu perkara mustahil untuk BN menang di DUN Kajang memandangkan PKR masih berhadapan dengan masalah untuk menerangkan kepada rakyat mengenai rasional pelan politik Anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment