Tuesday 25 February 2014

#PRK Kajang: Analisis Merapu......!!!???

Seramai 39,278 pengundi (Pengundi biasa:38,055, Pengundi Awal:1,197 dan Pengundi Tidak Hadir-Luar Negara:26)bakal menentukan kemenangan calon yang bertanding meliputi BN, PKR dan Bebas. Mengimbas kembali keputusan PRU13,calon PKR telah menang dengan majoriti 6,824 undi.Daripada keseluruhan 18 daerah mengundi (DM),sebanyak 11 DM dimenangi PKR manakala baki 7 DM dikuasai oleh BN. Bagi pengundian awal, ianya dimenangi oleh BN dengan majoriti 744 undi.Persoalannya, apakah kecenderungan sokongan pengundi pada PRK Kajang nanti? Analisis merapu secara rawak boleh disimpulkan bahawa 48.48% pengundi Melayu berpecah kepada 4 kumpulan meliputi UMNO, PAS, PKR dan Atas Pagar;ini bermakna calon BN mampu memperoleh 25% undi Melayu manakala pembangkang yakin mendapat 50% undi. Rebutan sudah pasti tertumpu kepada baki 25% undi Melayu Atas Pagar. Lazimnya BN mampu meraih sokongan tinggi sekitar 15%-18% daripada kumpulan pengundi Atas Pagar ini, insya'Allah.Pengundi kaum Cina pula terdiri daripada 40.46%. Pola pengundi Cina pada PRU13 lebih memihak kepada pembangkang sekitar 70%-85%. Jika trend ini kekal, calon dan parti MCA perlu bekerja dan berusaha keras bagi memperoleh sekitar 35%-40% undi Cina bagi menjamin kejayaan.Penyertaan calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim turut mencelarukan lagi political fundamental analysis. Mampukah calon Bebas memecahkan sokongan undi kaum Cina? Ianya satu perkara yang sedang diperhatikan oleh BN dan PKR. Pengundi India 10.15% diyakini bakal memihak kepada BN sekitar 75%-85% namun peratusan sokongan ini boleh berubah secara ketara. Ini tidak mengejutkan kerana pengundi India memang diketahui ramai mengamalkan "politik lalang". Kesimpulannya, BN sebagai 'underdog' yang mampu menggigit dan bukan sekadar menyalak bukit sahaja. Justeru, PRK Kajang ini lebih merunsingkan calon PKR berbanding BN.

No comments:

Post a Comment