Wednesday 13 August 2014

Krisis MB Selangor: Apakah Pendirian & Matlamat Perjuangan Sebenar PAS.......!!!???

PAS dilihat mempunyai kata pemutus, samada TS Khalid Ibrahim akan kekal sebagai MB Selangor atau tidak…sebagaimana juga UMNO/BN. Dari episod ini, jelas sekali PAS sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, juga terhadap ‘proxy’ politik dan isteri beliau, Wan Azizah. Pendirian PAS bukan sahaja berbeza dengan PKR/DAP di dalam isu MB Selangor, malah di dalam pelbagai isu besar, termasuk isu penggunaan Kalimah Allah, pelaksanaan hudud dan sebagainya. Semakin jauh perjalanan politik PAS pasca PRU 2008, semakin ketara jurang perbezaan di antara PAS dan PKR/DAP. Apa yang sepatutnya disedari oleh PAS, semakin jauh perjalanan politik PAS, semakin ketara persamaan di antara PAS dan UMNO. Dari apa yang berlaku di Selangor seminggu dua ini, umat Islam disedarkan bahawa jika PAS dan UMNO bekerjasama, kedua-dua parti besar Melayu tersebut dengan mudah boleh menentukan hala-tuju politik di negara ini. Suatu persoalan besar di dalam minda umat Islam, Kenapa PAS memilih jalan sukar bekerjasama dengan DAP sebagai ‘wasilah’ atau ‘jalan’ untuk mencapai matlamat-matlamat perjuangannya.....sedangkan ‘wasilah’ paling ringkas dan mudah menuju matlamat dan sasaran ialah dengan bekerjasama dengan UMNO. Malah, jika matlamat perjuangan PAS telah terpesong dari menegakkan Negara Islam, kepada matlamat mengejar kerusi dan kuasa politik sahaja pun.....jalan yang paling ringkas dan mudah adalah dengan bekerjasama dengan UMNO juga. Matmerapu percaya overwhelming majority umat Islam bersetuju dengan ‘bacaan’ ini. Matmerapu juga percaya overwhelming majority umat Islam juga terpinga-pinga dengan pendekatan dan ‘wasilah’ yang diambil oleh PAS di dalam mencapai matlamat perjuangannya. Sehari dua lagi, akan lebih jelas kepada kita, apakah sebenarnya matlamat terkini perjuangan PAS. Itu pun kalau PAS ada matlamat. Matmerapu sebenarnya sudah lama khuatir bahawa PAS sudah tidak ada matlamat lain di dalam perjuangan politiknya, kecuali untuk mengalahkan UMNO di dalam pilihanraya.

No comments:

Post a Comment