Sunday, 17 August 2014
Alor Setar: Ikan Kerapu Seberat 152kg......!!!
Ramai orang berbondong-bondong ke restoran makanan laut untuk mengambil gambar 'selfie' dengan ikan kerapu seberat 152kg, yang telah menjadi tarikan selepas ia dibeli daripada pemborong pada harga RM9,120.
Ikan dengan ukuran panjang 2.1 meter ini memerlukan seramai empat orang untuk mengangkatnya sebelum dipamerkan kepada pengunjung di Restoran Makanan Laut Hai Jing di Jalan Mahdali di Alor Setar.
Dikenali sebagai 'loong tan' atau kerapu Harimau, pemborong ikan Ng Kong Yoong, 37, berkata ini adalah tangkapan terbesar yang diperolehinya sejak memulakan perniagaan di Kuala Kedah, tiga tahun lalu.
"Nelayan saya menangkap ikan tersebut pada Khamis pagi di perairan Kuala Kedah. Kami bertuah kerana sebelum ini kami tidak pernah menangkap ikan sebesar ini. Biasanya semua ikan yang kami tangkap lebih kecil dengan berat kurang dari 100 kilogram," katanya.
Ng kemudian menjualnya kepada restoran tersebut dengan harga RM9,120.
"Saya menolak tawaran yang lebih tinggi dari restoran-restoran lain. Pemilik restoran ini adalah kawan saya dan saya akan merasa isi ikan ini nanti."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment