Kenyataan KJ: Perhimpunan Agung UMNO Ke 62
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengingatkan para perwakilan Pemuda UMNO dalam Ucapan Penggulungannya yang membawa maksud, “Janganlah selepas ini, bila balik dan terus mengejar KEMAS, JASA, Cawangan Khas dan Perisikan Tentera pula untuk jadi calon pilihanraya” bolehlah dianggap sebagai berseloroh tidak bertempat (tepat). Kenyataan ini seolah-olah cuba mengakui bahawa agensi berkaitan turut memainkan peranan dalam proses pemilihan calon parti. Kurangnya sensitiviti KJ dalam perkara ini adalah di luar dugaan pemerhati dan penganalisis politik serta masyarakat umum. Agak tepat jika disimpulkan bahawa agensi berkaitan agak terguris dan teraniaya dengan kenyataan sedemikian.
Kenapa kenyataan tersebut dibangkitkan oleh KJ? Selain Allah SWT, hanya KJ yang tahu sebabnya. Bukankah KJ sememangnya tahu bahawa proses pemilihan calon pilihanraya adalah menjadi tanggungjawab dan hak mutlak pucuk pimpinan parti. Inilah akibatnya jika tidak berfikir panjang sebelum mengucapkan atau berkata sesuatu. Apapun, PM lebih arif dalam membuat keputusan tepat untuk memilih winnable candidate bagi kerusi Parlimen dan DUN tanpa dipengaruhi oleh mana-mana agensi. Soal calon bukanlah aspek utama dalam menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding. Yang lebih mustahak adalah keupayaan jentera kempen untuk mempengaruhi sikap, emosi dan tingkahlaku pemilih berdaftar (kumpulan sasar) supaya bertindak memberi sokongan mengikut matlamat yang diinginkan oleh pihak penganjur (parti). Inilah pengertian Geraksaraf dan Perangsaraf (GSPS) yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak yang inginkan jaminan kemenangan.
Justeru, sebagai ingatan dan renungan kepada mereka yang teringin sangat (tak sabar-sabar) nak jadi calon, “tak payahlah mengejar agensi yang disebut oleh KJ, sebaliknya, anda hendaklah buktikan kepada pucuk pimpinan parti bahawa anda diterima oleh majoriti pengundi setempat dan berpotensi besar untuk menang”. Tidak tersasar jauh jika dikatakan bahawa KJ sendiri pun belum pasti seratus peratus bahawa beliau akan menjadi calon PRU 13 nanti di Rembau!!?? Haha…ha…ha!
No comments:
Post a Comment