Thursday, 1 December 2011

MELAYU dan UMNO
            Strata Melayu dan Bumiputera dikira agak dinamik – daif, fakir miskin, sederhana, kaya raya dan ramai juga yang telah mengecapi financial freedom namun majoriti Melayu/Bumiputera berada di 3 anak tangga terawal. Perhimpunan Agung UMNO merupakan plaform terbaik untuk membahas dan mencari resolusi bagi menangani pelbagai permasalahan Melayu/Bumiputera. Malangnya, UMNO dilihat kurang bijak menggunakan platform tersebut untuk berbuat demikian.
Lihat dan perhatikanlah Perhimpunan Agung UMNO Ke 62 yang lalu, masih juga kurang prihatin terhadap realiti permasalahan Melayu/Bumiputera. Ucapan dan perbahasan lebih fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi PRU 13 kelak yang lebih menjurus kepada aspek jentera kempen, calon dsb. Apapun, Melayu/Bumiputera perlu akur bahawa sesungguhnya UMNO kekal sebagai wadah perjuangan Melayu/Bumiputera dan tidak terpesong jika dikatakan “belum ada parti politik lain yang berupaya untuk dijadikan alternatif kepada UMNO” dalam landskap politik negara bagi menjamin transformasi nilai dan kepentingan Melayu/Bumiputera. Sejarah jasa bakti UMNO sudah cukup untuk membuktikannya.
Yang agak terkilan, UMNO masih lagi kurang prihatin untuk address permasalahan Melayu/Bumipuytera yang terus menghantui majoriti masyarakat Melayu/Bumiputera. Masalah penagihan dadah, “Mat Rempit” dan keciciran persekolahan anak Melayu/Bumiputera serta pembuangan bayi atau anak luar nikah terus merekodkan skala tertinggi dan menempah publisiti meluas di dada akhbar arus perdana. Walaupun pihak berwajib telah dan sedang melaksanakan pelbagai tindakan bagi menangani masalah tersebut namun ianya dilihat masih kurang efektif. Apakah UMNO dan pihak berwajib akan terus alpa dengan masalah sedemikian? dan Apakah pula tindakan Melayu/Bumiputera bagi menangani masalah tersebut sebagai komitmen sosial?
Sekilas menjelang PRU 13 pula, undi Melayu/Bumiputera kekal sebagai “undi penentu” untuk BN atau PR  memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga. Untuk memenangi “hati dan minda” pemilih Melayu/Bumiputera, pihak yang bijak menggunakan landasan Geraksaraf dan Perangsaraf (GSPS) secara efektif dan efisyen dijangka akan beroleh kejayaan yang diinginkan. Apatah lagi dalam menghadapi PRU 13 nanti yang merupakan “Ibu” kepada semua pilihanraya negara.
Apa jua pun, permasalahan Melayu/Bumiputera perlu ditangani segera oleh semua pihak yang terbabit termasuk anda yang mengaku Melayu/Bumiputera dan tidak kira di mana sahaja anda berada. Kebebasan memilih pula adalah hak mutlak anda sebagai pemilih berdaftar dan buatlah keputusan yang bijak demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Renung dan fikir-fikirkanlah………!

No comments:

Post a Comment