Wednesday 30 November 2011

Permasalahan Domestik: Di mana silapnya?

            PERMASALAHAN domestik Malaysia seperti kebanjiran Pendatang Tanpa Izin(PTI), judi, penyeludupan, pemerdagangan manusia, pelacuran dan jenayah terus mencabar agensi penguatkuasaan nasional untuk menanganinya. Negara kita agak komprehensif dari aspek kewujudan agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam, Imigresen dan lain-lain. Namun, aktiviti berkaitan masalah domestik tersebut semakin menjadi-jadi sekali gus menimbulkan pelbagai persepsi negatif di kalangan pemikiran rakyat tentang keberkesanan tahap penguatkuasaan agensi terlibat.
            Kebanjiran PTI warganegara Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand (terutama dari wilayah Selatan Thai) dan sebagainya dalam negeri ini telah melonjakkan skala permasalahan domestik terutama kes jenayah terutama pecah rumah, ragut, merompak dsb. Di mana silapnya? Kehadiran PTI boleh menjejaskan tahap keselamatan negara dan keharmonian rakyat.
            Segala entry point rasmi dipenuhi oleh agensi penguatkuasaan manakala persisiran pantai dan darat turut dikawal oleh agensi penguatkuasaan. Tidak mungkin akan terlepas PTI yang begitu ramai ke negara ini dengan kawalan sedemikian. Apakah “rasuah terkoordinasi secara makan bersama” oleh “pagar yang makan padi”? dan Adakah ianya  masih berleluasa hingga merumitkan pengesanan SPRM?
            Anda diseru untuk bertindak sebagai whistle blower bagi membantu SPRM mengambil tindakan undang-undang terhadap “pengkhianat” negara terbabit. Marilah sama-sama kita berdoa agar Pagar Tidak Makan Padi demi keselamatan dan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment