Wednesday, 30 November 2011

Gaji dan Pencen Perlu Penyelarasan Segera!!!
            Kita bekerja untuk dapat Gaji atau upah bagi meneruskan survival kehidupan yang kian terhimpit oleh tekanan ekonomi dan persekitaran semasa yang kian mencabar. Setelah berbakti dan menjangkau umur bersara, kita pula bergantung kepada pemberian Pencen (hanya untuk kakitangan kerajaan). Inilah realiti dan fenomena “orang makan gaji” dan lazimnya tanggal 25hb hingga 7hb berikutnya, orang makan gaji agak “tolak tak rebah” manakala bagi yang berpencen antara 21hb hingga 30hb, adalah wang dalam saku untuk berbelanja.
            Persoalannya, cukup dan setimpalkah Gaji dan Pencen yang diterima agar tidak terjerumus di bawah paras kemiskinan? Gaji kakitangan PDRM dah dikaji semula. Syukur dan Alhamdulillah. Tapi, gaji warga ATM masih di takuk lama dan entah bila warga ATM akan menikmati kenaikan gaji baru. Gaji untuk warga ATM agak unik dan lebih tinggi daripada PDRM kalau nak diikutkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan dan Majlis Angkatan Tentera.
            Entahlah! Sampai bila agaknya warga ATM boleh bertahan dan bersabar dengan takuk gaji lama. Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) harus memberi perhatian mengenai gaji warga tentera agar ianya tidak menghakis semangat juang warga ATM.
            Mari kita kupas seadanya mengenai pencen yang diterima oleh pesara. Percayakah anda kalau dikatakan bahawa masih ramai pesara yang menerima pencen sekitar RM150.00 hingga RM300.00 sebulan (terutama bagi mereka yang bersara pada era awal 70an. Memang benar, jumlah tersebut agak mencukupi pada zaman itu namun ianya diibaratkan “tahi gigi” untuk era milinium ini. Tidak bolehkah dibuat “Timbang Tara” sewajarnya bagi mengkaji angka yang munasabah untuk diterima mereka bagi menampung keperluan hidup kini. Apakah RM1,500.00 angka minima ini terlalu tinggi untuk pihak berwajib merealisasikannya jika nak dibandingkan dengan khidmat bakti mereka.
            Keprihatinan pihak berwajib untuk menyelaras Gaji dan Pencen dituntut demi kesinambungan kehidupan sebuah keluarga yang masih “miskin” di bumi Malaysia yang kaya.

No comments:

Post a Comment