Tuesday 6 December 2011

Bezanya NFC daripada KFC…..!!??
            Sudah semestinya perbezaan antara NFC (National Feedlot Corporation) dan KFC (Kentucky Fried Chicken) bagaikan langit dan bumi. Yang pertamanya lembu dan yang akhir pula ayam! Semua peringkat umur tahu dan mengenali KFC yang tidak perlu diperjelaskan lagi.
Namun, NFC mula menarik minat pemerhati dan penganalisis politik, para pengkritik dan rakyat secara umum yang dahagakan penjelasan sebenar daripada pihak terbabit. Isu NFC ini dicetuskan ekoran daripada pembentangan laporan Ketua Audit Negara dan NFC juga mempunyai kaitan amat rapat dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, YB Senator Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil (DSSAJ).
            Kini pihak pembangkang terus mengeksploitasi isu NFC ini dalam blog dan media cetak alternatif termasuk AP Kinabatangan dan BN backbenchers. Apa yang menarik, semasa Perhimpunan Agung UMNO Ke 62 yang lalu, DSSAJ cuba mengheret Wanita UMNO untuk menyokong beliau dalam isu NFC tersebut. Beliau turut membela suaminya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan NFC. Sebagai isteri yang solehah, semestinya memang tepatlah tindakan itu.
            Apapun, isu NFC bukanlah isu UMNO atau isu politik tetapi ianya lebih menjurus kepada persoalan mengenai dana (wang rakyat) sekitar RM250 Juta yang diperuntukkan kepada NFC yang tidak menepati matlamat sebenar. Justeru, ramai berpendapat bahawa DSSAJ kini merupakan liabiliti kepada Wanita UMNO sekali gus boleh menjejaskan sokongan kepada UMNO dalam PRU 13 nanti.
            Kita cuma sekadar berdoa agar pihak berwajib terutama SPRM tidak menutup kes ini tanpa membawa mereka yang bersalah (jika wujud prima facie) ke muka pengadilan.
            Sama ada DSSAJ perlu mengundur diri daripada menjadi seorang Menteri Kabinet, Ketua Wanita UMNO dan calon PRU 13 adalah menjadi tanggungjawab beliau – Tepuk dada tanya selera. Inilah satu ujian besar buat DSSAJ untuk mempertimbangkan antara kepentingan peribadi/keluarga atau kepentingan parti yang diutamakan.
            Penjelasan secara telus kepada rakyat merupakan setitis embun untuk menghilangkan dahaga rakyat kerana janganlah pula disebabkan oleh isu NFC ini, UMNO akan terima padah dalam PRU 13 nanti.
           
           

4 comments:

  1. Tuan dn puan. Hari ini kita akan belajar memasak resepi ayam goreng KFC dn kalu sempat jumpa lembu yang hilang kita akan belajar masak lembu jugak. Ha ha kan da merapu. KFC dn NFC 2 huruf terakhirnya sama tapi sbnrnya tk sama. Satu ayam satu lembu, satu sedap.dimakan hingga menjilat jari satu lagi dipertikaikan berkali-kali. KFC kejayaan dan NFC kegagalan, memang kedua-duanya tk.sama. Yg menarik.utk dperkatakan ialah bgm pula UMNO dipersalahkan sedangkan sbnrnya ia merupakan kesalahan individu dan ahli keluarga dn ia tk melibatkn UMNO hanya secara kebetulan individu itu org UMNO tetapi kesilapan itu dilakukan bukan atas kapasiti UMNO, tlg la sekor lembu membawa lumpur semua terpalit dn tlgla lembunya susu sapi dapat nama

    ReplyDelete
  2. tengok dulu...siapa yg dapat RM250 juta, apa kaitan dgn bininya, ..siapa menteri pertanian yg menyokong, siapa yg meluluskan.
    Semua dari UMNO...nampak sangat yg UMNO terlibat...

    ReplyDelete
  3. UMNO terlibat juga lol...
    a. siapa yg dapat projek 250 juta ?
    b. apa kaitan dgn sharizat ?
    c. siapa menteri pertanian yg menyokong ?
    d. siapa timb perdana menteri yg meluluskan ?
    Kan semua dari UMNO..jadi semua terlibat ..salahguna duit rakyat..betulkan !!!!

    ReplyDelete