Monday 30 December 2013

Siasat Gereja Lokasi Perhimpunan Gulingkan Kerajaan.......!!!

Polis disaran supaya menyiasat laporan menyebut sekurang-kurangnya sepuluh buah gereja sekitar Kuala Lumpur yang didakwa bakal dijadikan tempat berkumpul peserta perhimpunan Gulingkan Kerajaan menuju ke Dataran Medeka pada 31 Disember ini. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam blog rasminya berkata, risalah yang tertera lokasi beberapa buah gereja itu mengajak orang ramai khususnya penganut Kristian berkumpul sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka mula tersebar di beberapa laman sosial.“Saya harap polis segera lakukan siasatan, perkembangan itu amat serius, seolah-olah memberi gambaran akan berlaku pertembungan antara agama khususnya membabitkan penganut Kristian,” tegasnya. Berdasarkan perkembangan itu, beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan haram yang dirancang pada 31 Disemberi ini mempunyai agenda untuk mencetuskan kekacauan dan perbalahan antara kaum. Beliau bimbang perhimpunan haram yang kononnya membantah kenaikan harga barangan akan bertukar menjadi keganasan dan pertembungan antara etnik dan agama yang boleh meletakkan situasi keselamatan negara dalam keadaan kacau bilau. Katanya, kumpulan tidak bertanggungjawab itu dipercayai cuba memainkan sentimen kaum dengan mendakwa sudah sampai masanya orang Melayu dihalau keluar daripada negara ini dan kuasa pemerintahan perlu bertukar tangan.“Saya khuatir perkembangan itu ada anasir-anasir tidak bertanggungjawab cuba melakukan kegiatan subversif untuk mencetuskan pertelingkahan antara umat Islam dengan bukan Islam,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas bagi memastikan tidak ada kumpulan pelampau termasuk penerapan ideologi komunis untuk merampas kuasa secara yang bertentangan dengan undang-undang. Syed Ali seterusnya mahukan pihak gereja di Malaysia supaya memberi penjelasan sejauh mana pembabitan mereka dengan kumpulan yang cuba mencetuskan kacau bilau menerusi perhimpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Disember ini.“Mereka kena berikan penjelasan secara terbuka, sama ada benar atau sebaliknya penyebaran risalah kononnya sekurang-kurang 10 buah gereja dijadikan lokasi berkumpul pada hari tersebut,” tegasnya. Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya tidak terperangkap dengan percaturan politik puak pelampau yang didalangi parti-parti pembangkang yang cuba meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. “Saya minta orang Melayu dan seluruh umat Islam supaya jangan membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh puak pelampau dan pembabitan gereja Kristain dilihat sebagai satu perkembangan yang amat serius terhadap masa depan umat Islam di Malaysia,” katanya. Tambah beliau, orang Melayu sepatutnya bersatu dan menguatkan perpaduan bagi memastikan tidak ada elemen penjajahan dalam bentuk baru terhadap rakyat dan negara ini.“Cukuplah dengan penderitaan orang Melayu dan umat Islam ketika di jajah oleh British dan penaklukan Jepun, kita bimbang penjajahan versi baru bermula dengan perhimpunan haram dengan menjadikan agama sebagai sentimen untuk memporak-perandakan negara ini,” tegasnya. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar sikap PAS dan PKR yang akan turut serta pada perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan mereka kepada penganjur perhimpunan Gulingkan Kerajaan. Katanya, kesediaan PAS berbuat demikian amat memalukan kerana selama ini parti itu mendakwa memperjuangkan kepentingan umat Islam tetapi kerana agenda politik mereka sanggup bersubahat dengan kumpulan pelampau. “PAS sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat kerana kepentingan politik dan jika sahih adanya pembabitan pihak gereja dalam perhimpunan tersebut, PAS dicabar tampil menyatakan pendirian mereka,” tegasnya. Syed Ali bagaimanapun berkata, PKR terutama Penasihat umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mahu sitauasi politik negara berada dalam keadaan tidak terkawal bagi membolehkan beliau untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik. “Pembabitan Anwar dalam beberapa siri perhimpunan haram sebelum ini sudah jelas, beliau mempunyai hubungan dengan pihak asing, perbuatan sedemikian merupakan sifat pengkhianat yang harus ditolak oleh rakyat,” jelasnya. Beliau juga mahu pihak berkuasa melakukan pemantauan terhadap laman-laman sosial seperti facebook yang dimuat turun dengan laporan menghasut dan mengajak rakyat menyertai perhimpunan Gulingkan Kerajaan 31 Disember ini.

No comments:

Post a Comment