Sunday, 22 December 2013

Isu GST: Pakatan Pembangkang Menghasut Rakyat.......!!!???

Satu tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup ketika ini. Merdeka Center juga mengesahkan jika isu GST dimainkan secukupnya oleh Pakatan Pembangkang(PP) terutama di kawasan kampung yang menjadi deposit kepada BN sudah pasti PP akan beroleh kejayaan pada PRU14 nanti. PP mengambil kesempatan selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan tarif elektrik dan yang lebih teruk lagi belum tol dinaikkan mereka sudah mencanang seluruh pelusuk negara. Tetapi yang menariknya Merdeka Center tidak pernah membuat kajian atau tinjauan di negeri-negeri diperintah oleh PP. Cuba sesekali buat tinjauan kehidupan rakyat khususnya orang Melayu selepas PP memerintah terutamanya di Pulau Pinang. Dengan kelulusan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015 menjadikan PP mempunyai isu yang agak besar untuk dimanipulasikan dan seterusnya menghasut rakyat terutama orang kampung. Menurut PP "Melayu bandar sudah menolak UMNO kerana hampir kesemua kaum cina sudah tidak mahu Melayu berkuasa lagi". Kini Melayu PAS dan PKR akan membawa isu GST ke kampung-kampung demi untuk mendapat sokongan daripada orang kampung. Justeru UMNO jangan terlalu selesa dengan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja tanpa penerangan yang jelas agar orang kampung tahu kedudukan yang sebenarnya. Matmerapu menyeru agar semua pihak membantu kerajaan dalam memberi penerangan jelas kepada rakyat terutama di kampong mengenai isu GST yang sedang dimanipulasi oleh PP.

No comments:

Post a Comment