Wednesday, 4 December 2013
Orang Melayu dan DAP.......!!!???
Kita orang Melayu jangan dibodohkan. Takkanlah kita hendak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP hendak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini. Kenapa parti Melayu hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga. Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukannya untuk bangsa mereka. Kita tidak boleh menyekat DAP atau mana-mana parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA, Gerakan dan SUPP pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina. Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tidak pernah dengar UMNO kata MCA cauvinis Cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainannya memusnahkan Melayu. Kalau anda orang Melayu, anda lebih senang berdepan dengan lawan yang terang-terang bercakap mengenai agenda mereka daripada mereka yang lihat dan bergerak secara senyap. DAP sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara-perkara yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide. Bolehkah kita menyekat UMNO daripada tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu? Untuk memisahkan diri kita daripada ke’bangsaan’nya adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain. Kita semua setia kepada kebangsaannya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang semata-mata hanya kita berbeza. DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab realitinya ialah majoriti penduduk negara ini ialah Melayu. Mana-mana parti pun mesti memfaktorkan realiti ini dalam politik mereka. Oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP terus evolve. Evolusinya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu tetapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan UMNO. The UMNO way bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun agak kurang yakin UMNO berdaya menyelesaikan masalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada Umno – adakah mereka kurang Melayu? DAP sentiasa dituduh sebagai parti cauvinis Cina, anti Melayu dan anti Islam. Mengenai mempunyai ketrampilan Cina, kita tidak dapat nafikan sebab majoriti pemimpin dan ahlinya adalah bangsa Cina. Amat bodohlah orang atau parti Melayu mengharapkan parti DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Bahkan janggal jika DAP pula yang ke hadapan memperjuangkan kepentingan Melayu.
Di masa hadapan orang tidak berjuang lagi mengikut kaum – hanya ada dua jenis kaum, kaum penindas dan kaum yang ditindas. Hari ini wujud pemimpin Melayu dalam parti Melayu yang menindas bangsa sendiri. Bukan sahaja orang Cina yang menentang, orang Melayu pun akan tentang. Suatu golongan Melayu menentang suatu golongan penindas Melayu bukanlah sesuatu yang janggal dalam sejarah orang Melayu. Bagaimana DAP evolve? Ia melakukan demikian dengan melihat masalah bukan dari sudut pertembungan kaum. UMNO tidak mahu atau agak lembab untuk evolve – ia terus melihat sesuatu masaalah dari sudut pertembungan kaum. Sebab itu UMNO terus menyebut sesuatu masaalah sebagai pertembungan antara Melayu dengan bukan Melayu –Melayu dengan Cina terutamanya. Orang Melayu mesti berani melihat sesuatu masalah bukan dari sudut perkauman. Orang Melayu tidak ada asas untuk takut kepada politik DAP. UMNO mesti evolve segera dengan merapatkan saf yang longgar demi kepentingan Melayu-Islam melalui pelbagai platform agar kekal relevan pada PRU 14 akan dating.....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment