Tuesday, 17 December 2013

UMNO: Hentikan Budaya Mengampu.........!!!???

Setiap kali Perhimpunan Agong Umno kita pasti akan mendengar para ahli perwakilan UMNO bukan hanya setakat mampu berpantun tetapi mereka sering menjadikan pentas PAU sebagai pentas mengampu. Dengan harapan agar pemimpin atasan memandang tinggi kepada dirinya, senanglah nanti. Matmerapu teringat kata-kata hikmah Arab yang diterjemahkan berbunyi begini "Anda mempunyai upaya untuk membunuh mereka yang lengkap bersenjata, akan tetapi anda tidak akan berupaya membunuh mereka yang menyembunyikan senjata di bawah lidahnya". Ini bermakna kepintaran akal yang diluahkan melalui idea (lisan dan tulisan) dan tindakan terancang adalah lebih berkesan daripada sebarang senjata canggih. Para perwakilan sepatutnya menggunakan pentas PAU2013 untuk menengahkan masalah rakyat....kenapa masalah rakyat? kerana rakyatlah yang menjadikan UMNO masih relevan hingga ke hari ini. Tanpa rakyat terutama Melayu, UMNO akan pupus. Perwakilan sepatutnya membawa isu kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat terutamanya orang Melayu. Jika tarif elektrik naik sudah tentu harga barangan keperluan seharian akan naik juga. Kenaikan harga rumah yang terlalu mendadak juga merupakan satu masalah besar buat anak-anak muda yang bercita-cita untuk membeli rumah sendiri.Masalah penagihan dadah, budaya rempit, keciciran pendidikan dsb di kalangan anak-anak Melayu perlu dibahaskan.....!!!??? Rakyat khususnya orang Melayu menanti-nanti apakah yang UMNO akan umumkan sesuatu yang mampu mengembirakan umat Melayu atau PAU 2013 hanya bersifat syok sendiri. Perwakilan jangan hanya gah dipentas PAU 2013 sahaja apabila balik semuanya hilang begitu sahaja. Matmerapu mencadangkan agar PAU akan dating menjadi lebih menarik yang mampu 'membekukan' aktiviti harian orang Melayu kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada ucapan dan perbahasan perwakilan UMNO dalam membela dan memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu.

No comments:

Post a Comment