Sunday, 7 April 2013

Manifesto PRU 13

Selepas manifesto Pakatan Pembangkang (PP) gagal menyentuh jiwa dan perasaan rakyat, maka untuk survival politik pada pilihan raya umum kali ini, terpaksalah serangan ditujukan kepada Aku Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. Hakikatnya, kedua-dua pihak mahu mempengaruhi undi rakyat melalui manifesto, jadi sudah tentu ada skop atau bidang serta perkara yang sama antara kedua-dua pihak. Rumah sebagai contohnya, salah satu keperluan asas, sesiapa yang boleh manjanjikan yang terbaik untuk memilikinya sudah pasti akan dipilih rakyat. Kedua pihak menyedari hakikat itu. Begitu juga dari segi pemilikan permit teksi individu. Kedua-dua pihak tahu pemandu teksi yang berurusan dengan ratusan ribu orang sehari adalah ejen penyebar pemikiran yang sangat penting untuk dikuasai. Justeru, kedua-dua pihak berebut-rebut untuk memenangi jiwa pemandu teksi. Ia lebih kepada kedua kumpulan berebut untuk mendapatkan kelompok yang berkepentingan. Itu sahaja. Jadi pertembungan memang ada. Sebenarnya, di bawah 17 perkara asas yang diumumkan Dato' Sri Najib, BN sebetulnya berjanji 150 komitmen jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. Di mana 112 daripada komitmen itu telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat. Manifesto BN perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018. Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati. Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia. Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat. Mengikut rekod, kerajaan BN berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus KDNK pada tahun 2009 kepada 4.5 peratus pada 2012. Jika mengikut pengumuman PM pada Sabtu malam yang lalu, defisit negara seterusnya akan kurang sehingga 3 peratus pada tahun 2015. Ini berbeza sekali dengan manifesto penuh gula-gula PP yang mana jika dilaksanakan, defisit dijangka meningkat kepada 11.5 peratus (RM114.9 bilion) dan hutang dijangka meningkat kepada 62.1 peratus KDNK. Dan yang paling berbeza…. manifesto PP bukan satu janji, tapi manifesto BN adalah Aku Janji......!!!

No comments:

Post a Comment