Wednesday, 24 April 2013
PRU 13: Cubaan Pembangkang Cetuskan Huru-Hara!!!
Insiden letupan bom semasa sesi ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan insiden Bilik Gerakan BN di Sungai Leman, Sekinchan (Parlimen Tanjong Karang) dilempar dengan dua bom petrol perlu dianggap serius oleh semua pihak. Insiden seumpama ini tidak seharusnya berlaku di mana-mana pun.....!!!Ekoran daripada insiden tersebut, pihak PDRM kini sedang memburu suspek yang terlibat kerana cubaan mencetuskan huru-hara. MatMerapu difahamkan bahawa suspek berkemungkinan besar mendapat upah daripada pihak pembangkang untuk membuat kekacauan.......Inilah taktik kotor dan jahat pembangkang yang semakin terdesak dan tertekan.......mereka(pembangkang) bimbang kini kerana majoriti calon BN semakin diterima rakyat manakala calon pembangkang membayangi kekalahan teruk.
Pakatan Pembangkang(PP) sudah sedar kini bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menandingi BN.....apa tah lagi untuk menawan Putrajaya, ibarat "langgit dengan bumi"......"jauh panggang dari api". PP kian celaru dan jiwa kacau hingga sanggup membawa bendera Joseph Stalin dan Vladimir Lenin - Pejuang revolusi komunis di Rusia.....Apakah anda ingin terus menyokong calon PKR berfahaman komunis sebegini - Fahaman komunis yang tidak percaya kepada Tuhan bertentangan dengan Islam. PKR menurunkan calon "tangkap-muat" yang hanya pentingkan kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi malah sanggup berbuat apa saja.......letupan bom!!!
PAS pula kononnya berjuang atas landasan Islam tetapi apabila ada peluang memerintah di Kedah dan Kelantan namun tidak melaksanakan tuntutan agama Islam......sebaliknya menuduh kerajaan pimpinan BN khususnya UMNO sebagai tidak Islam. Mereka sengaja menafi dan tidak mengakui bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai hukum, syariat dan tuntutan dalam Islam antaranya membangunkan ekonomi umatnya dengan mengwujudkan perbankan dan muamalat Islam untuk menentang riba.
DAP kekal dan tebal dengan "rasis"nya malah langsung tidak mempedulikan kepentingan Melayu-Islam. Justeru, MatMerapu berharap agar pemilih berdaftar yang bakal keluar mengundi nanti sempena PRU13 ini memberi sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment