Tuesday, 2 April 2013

Kenyataan Bertentangan Akidah Islam

Baru-baru ini kita tersentak dengan kenyataan yang dibuat oleh Khairul Fahmi Matsom, Penolong Setiausaha I PAS dengan mengatakan; " kalau nabi Muhammad masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan........jahanam UMNO". MatMerapu yakin bahawa kenyataan seumpama ini yang mengaitkan nabi Muhammad SAW adalah salah dari segi akidah Islam (walau bagaimanapun, perkara ini perlu disemak dengan para Ulama'). Kenyataan tersebut juga tidak wajar dikeluarkan oleh beliau sebagai seorang yang beragama Islam.....lebih-lebih lagi daripada ahli parti yang kononnya berjuang atas landasan agama Islam!!! Kita harus sedar bahawa kita tidak boleh samakan nabi Muhammad dengan manusia biasa kerana nabi Muhammad adalah "maksum" (terpelihara daripada membuat sebarang kesalahan). Lantang dan biadap sungguh Khairul Fahmi Matsom ini. Apapun, inilah wajah sebenar pemimpin PAS yang sanggup berbuat apa saja demi untuk menyerang BN terutama UMNO. Orang muda PAS macam Khairul Fahmi ni sememangnya suka bertindak mengikut nafsu tanpa asas......akhirnya "makan diri". Kepada semua lapisan pengikut dan penyokong PAS......sedarilah bahawa 'PAS bukan Islam dan Islam juga bukan PAS'. Tidak keterlaluan lah kalau MatMerapu mengatakan bahawa PAS hanya menggunakan Islam sebagai topeng untuk mencapai kepentingan politik mereka. Tapi janganlah sampai "menghina" nabi Muhammad.Semua peringkat pemilih berdaftar diseru agar memboikot PAS secara besar-besaran dengan memberi undi kepada BN. Tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak berwajib ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairul Fahmi......sebagai pengajaran kepada Melayu-Islam yang lain agar tidak cuba menghina nabi Muhammad SAW!!!

No comments:

Post a Comment