Thursday 25 April 2013

PRU 13: Cabaran BN Di Pulau Pinang

Walaupun tidak dapat dinafikan Pulau Pinang merupakan medan tempur yang paling mencabar bagi BN pada PRU13 ini, tetapi parti komponennya tidak pernah berputus asa untuk mengatur pelbagai langkah dan usaha untuk berkuasa semula di negeri itu. Tanpa menghiraukan ramalan ramai penganalisis politik bahawa BN mempunyai harapan tipis untuk menawan kembali Pulau Mutiara berikutan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan negeri yang diterajui DAP ketika ini, para pekerja parti BN tetap bersemangat untuk memberi tentangan hebat pada pilihan raya umum ini. Daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinag yang ada sekarang, 27 menjadi milik pakatan DAP-PKR-PAS. Pada PRU12, DAP memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, PKR sembilan daripada 16 kerusi, manakala PAS hanya memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandinginya. Pada PRU12, menyaksikan pencapaian paling buruk bagi BN Pulau Pinang, parti gabungan berkenaan hanya memenangi dua daripada 13 kerusi parlimen dan 11 daripada 40 kerusi negeri. Secara tradisi, peruntukan kerusi BN di negeri itu dibuat berdasarkan formula Umno (15), Gerakan (13), MCA (10) dan MIC (2). Parti Gerakan Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk menghadapi PRU13 sejak tahun 2011 lagi setelah memuktamadkan "senarai calonnya" dan melantik 17 penyelaras kawasan pilihan rayanya,termasuk 13 untuk kawasan negeri dan empat kawasan parlimen. Kebanyakan penyelaras ini telah melaksanakan kerja asas selama dua tahun. Sejak terlantiknya penyelaras berkenaan, parti itu sentiasa bergerak bersama-sama anggota peringkat akar umbi, termasuk dalam urusan pemberian BR1M baru-baru ini, untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan itu, mengemukakan permohonan. Parti Gerakan turut melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi penjelasan tentang isu berkaitan dasar dan mendedahkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan DAP. BN Pulau Pinang mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 ini. MIC juga sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, termasuk menempatkan calon berpotensi bagi dua kerusi-DUN Prai dan Bagan Dalam. Pada pilihan raya umum lepas, DAP menawan dua kerusi itu daripada MIC. BN negeri pula telah memperhebatkan pelaksanaan program bersama rakyat, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat dan menawan hati mereka. Ini termasuk kegiatan kemasyarakatan seperti tinjauan mesra dan mengadakan lebih banyak taklimat untuk kumpulan sasaran bagi menangkis isu serta hujah yang dibangkitkan pihak lawan. Wanita MCA Pulau Pinang walaupun menghadapi kesulitan dan kekangan, kebanyakan pemimpin MCA, termasuk mereka yang kalah pada pilihan raya lepas, terus mengendalikan pusat khidmat masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat. "Macam pusat khidmat saya ni... (ia) dibuka enam hari seminggu dan semua petugasnya terdiri daripada sukarelawan, yang memberi khidmat dari tengah hari hingga malam. Semuanya kami gunakan wang sendiri kerana kami tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji petugas tetap," katanya kepada Bernama. Sememangnya agak susah untuk MCA menang banyak kerusi, tapi sekurang-kurngnya, DUN Pulau Pinang akan terus mempunyai MCA sebagai pembangkang. Kini, tak ada langsung kerana DAP menawan semuanya. Namun,sejak dua tahun lepas, orang ramai menyuarakan banyak isu melalui pusat khidmat MCA, tapi MCA hanya dapat membantu hingga ke tahap tertentu saja kerana sesetengah perkara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri (DAP). Justeru, pemilih berdaftar Pulau Pinang disaran untuk memberi sokongan padu kepada BN demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment