Wednesday, 24 April 2013

PRU13: Pakatan Pembangkang Selangor Terima Padah.........!!!

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang(PP) akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei ini ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. Masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan PP melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah. Setiap pengundi ada hak untuk menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri, dengan tidak lagi mengundi PP. Maknanya inilah hukuman yang bakal diterima oleh kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi dan tidak menunaikan janji-janji. Inilah yang paling nyata sekarang. Itu sebabnya gelombang kemarahan rakyat dah ada. Gelombang kemarahan nak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan balik kepada kerajaan BN dah mula bergerak. Sebagai contoh, inilah satu-satunya kerajaan negeri (Selangor) yang paling banyak disaman oleh rakyatnya sendiri dalam sejarah negara, ekoran tindakan sedemikian oleh kira-kira 3,000 ibu tunggal baru-baru ini kerana kerajaan negeri gagal menunaikan janji pemberian bantuan kepada golongan itu. Kerajaan PP mengamalkan dasar pilih kasih dalam pengagihan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan warga tua dengan memberi hanya kepada penyokong parti-parti mereka, berbanding apa yang dilakuklan oleh BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati oleh rakyat tanpa mengira parti politik mana yang mereka sokong. Kerajaan negeri Selangor tidak beri kepada ibu tunggal yang tidak menyokong parti PP. Ini satu kerajaan yang tidak adil. Bila anak nak masuk ke pusat pengajian tinggi, PP akan siasat siapa keluarga dia. Kalau katakan dia keluarga orang UMNO, dia tidak akan bagi dan ini yang berlaku sebenarnya. Maknanya pilih bulu, pilih kasih. Bila ini berlaku,parti begini tidak akan disokong lagi kerana dia hanya berikan pada orang yang ada kepentingan sahaja. Satu lagi contoh, banyak elaun untuk suri rumah yang menjaga anak atau yang hantar anak ke tadika yang dijanjikan dalam manifesto mereka dahulu masih tidak diberi. Banyak janji yang tidak ditepati yang boleh menyebabkan kerajaan PP akan kalah pada pilihan raya kali ini. Walaupun kerajaan negeri menunaikan janji pemberian air percuma 20 meter padu pertama tetapi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah bertingkat yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak menggunakan meter secara individu sebenarnya tidak mendapat nikmat apa pun. Dasar air percuma yang dipertikaikan kewajarannya oleh banyak pihak ini lebih menguntungkan kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mendapat air percuma seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah. Apa yang berlaku di Selangor sudah tentu membuka mata pengundi bukan sahaja di negeri ini tetapi juga memberi impak kepada pengundi di seluruh Malaysia secara umumnya. Apa yang berlaku di Selangor ini akan juga menjadi tempias kepada negeri-negeri lain. Dan sudah tentu dia akan memberi kesan implikasi kepada corak trend pengundian pada kali ini. Rakyat Selangor juga "sangat marah" kerana kerajaan negeri di samping mempolitikkan isu air, juga melakukan perkara yang sama terhadap soal pendidikan kerana pentadbiran negeri masuk campur dalam urusan Universiti Selangor (Unisel). Unisel ini boleh jadi bankrap kerana terlalu banyak dipolitikkan hingga soal dalaman seperti siapa jadi Naib Canselor dan sebagainya ditentukan oleh Penasihat PKR sendiri. Unisel menurun jumlah pelajarnya, daripada begitu banyak sehingga sekarang ini dah begitu banyak berkurangan. Tidak dapat dinafikan akan berlaku "pertempuran sengit" di antara BN dan PP pada pilihan raya umum kali ini malah Selangor akan kembali kepada pangkuan BN kerana BN meletakkan "winnable candidate" atau calon-calon boleh menang yang mewakili nurani hati dan dekat dengan rakyat. Kesimpulannya pentadbiran lima tahun pakatan pembangkang di Selangor merupakan tempoh "janji tinggal janji", sehingga manifesto yang dahulu pun tidak dianggap sebagai janji. Kalau sesuatu janji itu hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan, ini dah menipu rakyat. Merujuk kepada manifesto PP untuk PRU13 ini,manifesto yang baharu lebih banyak memansuh daripada membina. Dalam manifesto baharu ini...menghapus itu, menghapus ini, mereka tak cakap nak membina. Menghapus tol sebagai contoh tetapi mereka nak buat tol daripada Tanah Besar sampai George Town...mereka tulis terowong bertol tetapi dalam manifesto hapuskan tol. Yang mana satu ni? Manifesto itu dari awal -awal lagi dah menipu rakyat. Rakyat Selangor diseru untuk "menghukum" PP sempena PRU13 ini. Undilah BN demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment