Tuesday, 23 April 2013
PRU 13: BN Bakal Rampas Selangor.......!!!
Dalam tempoh pasca PRU12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.....!!!???
Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh lima tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran BN, Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat?
Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah?
Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi,sunyai dan membisu.
Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang mainan politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor akibat mainan politik di negeri itu.
Dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli PAS terpaksa berdiam diri.
Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli PAS diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini.
Apa yang berlaku di Selangor cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri, ramai mempersoalkan motif Azmin.
Jujurkah dia? Mengapa perkara ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam PAS dahulu?
Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan PAS ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor.
Kerana itu sudah berkali-kali PM yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU13 ini.
Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji.
Penulis dimaklumkan usaha Pakatan Pembangkang(PP) untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siapsiaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka.
Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan PP ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor.
Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan PP. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa Tok Penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat.
Lebih teruk lagi imej PP akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak oleh seluruh rakyat Selangor.
Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam PAS. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan PP ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong.
Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya.
Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO pada PRU12, MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN.
Selangor mampu digenggam kembali oleh BN asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Apapun, MatMerapu amat yakin BN mampu merampas kembali Selangor sempena PRU13 ini....Insya'Allah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment