Tuesday, 30 April 2013

PRU13: Ramai Pemilih Berdaftar Kelantan Berada Di Luar Kelantan

Dianggarkan lebih kurang 120,000 orang rakyat Kelantan yang berdaftar dan layak mengundi berada di luar Kelantan. Semasa pilihan raya 2004, dianggarkan hampir 60% pengundi Kelantan yang berada di serata negeri seluruh Malaysia serta Singapura telah memainkan peranannya dengan meletakkan Nik Aziz hampir terbongkang dari kerusi MB. Manakala pada tahun 2008 pula sekitar 70% daripada mereka ini telah membantu untuk meningkatkan undi PAS seterusnya mengekalkan penguasaan Nik Aziz sebagai MB. Situasi untuk PRU13 ini, besar kemungkinan akan menyaksikan suasana yang hampir sama dengan situasi tahun 2004 dan diperkukuhkan lagi dengan wujudnya beberapa kumpulan anak Kelantan di perantauan yang menggerakkan kempen untuk mengembalikan UMNO ke tampuk pemerintahan di Kelantan. Walau bagaimanapun, jika UMNO serius untuk menggerakkan momentum menawan kembali Kelantan, UMNO perlu menguasai kembali sokongan pengundi luar ini terutama dari kalangan mereka yang bekerja di kilang-kilang dan industri sekitar Selangor, Kuala Lumpur serta Penang. Di Proton misalnya, lebih separuh pekerja berasal dari Kelantan dikenalpasti masih kuat menyokong PAS malah ada di kalangan mereka ini turut memainkan peranan menyebarkan pengaruh PAS dengan berselindung di sebalik aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, tazkirah dan lain-lain. Jika UMNO Kelantan bijak menyusun programnya,adalah dijangka tiada masalah untuk menarik sokongan daripada majoriti golongan pengundi luar yang masih berkiblatkan PAS. Banyak isu yang boleh dimanfaatkan untuk serlahkan kelemahan Nik Aziz dan PAS Kelantan,yang perlu cuma program penerangan UMNO perlulah lebih hebat berbanding sebelumnya. Janganlah UMNO terlalu bergantung harap pada media massa. Rata-rata orang Kelantan yang pro PAS ini bersikap sentiasa berasa betul dan hanya berpandukan maklumat yang disiarkan dalam haprakdaily dan malaysiakini saja. Utusan,Berita Harian, TV3, RTM kesemuanya mereka campak ke longkang. Pendekatan untuk mempengaruhi pemilih Kelantan tidaklah sukar mana pun, UMNO perlu perbanyakkan penerangan mengenai hudud PAS, negara Islam dan penerangan mengenai isu semasa serta sikap kroni Nik Aziz yang mendaulatkan menantunya,sudah pasti penyokong PAS akan goyang. Penerangan berterusan secara sekerap mungkin mengenai janji-janji PAS kepada rakyat Kelantan yang belum ditunaikan, peranan PAS yang dalam Pakatan Pembangkang lebih kepada menjadi lembu, keldai dan kuda tunggangan DAP dan PKR selain nafsu kemaruk kuasa Anwar Ibrahim, pasti ramuan ini bakal menyebabkan pengikut dan penyokong PAS kebingungan. UMNO Bahagian perlu diarah untuk kenalpasti 120,000 pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan dengan segera untuk pulang mengundi pada PRU13 ini. Adalah ditafsirkan bahawa kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti. Apapun MatMerapu harapkan yang terbaik untuk UMNO/BN Kelantan. Sekarang ini bukanlah masanya untuk UMNO goyang kaki semata-mata hanya kerana wujud momentum kebangkitan sokongan untuk BN di Kelantan, usaha lebih hebat lagi perlu dilaksanakan agar UMNO/BN tidak berputih mata seperti PRU 2004. Untuk pemilih berdaftar Kelantan yang berada di luar Kelantan dan masih lagi terselit rasa sayang pada PAS & Nik Aziz, MatMerapu berharap agar anda berfikir 10 kali antara Islam, Melayu, Keluarga, UMNO dan PAS serta Tok Pa dan Nik Aziz, mana satu keutamaan pilihan anda untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kalau rasa selesa hidup dengan pelbagai slogan dan ucapkata manis berulam agama tapi praktikalnya hanya atas kerja, anda terus saja pilih untuk kekal sokong Nik Aziz dan PAS supaya PAS kekal sebagai "orang suruhan" Anwar dan "balaci" DAP. Tetapi kalau rasa kehidupan atas dunia ada kepentingannya untuk kebaikan keluarga, agama dan bangsa, pandai-pandailah pilih UMNO/BN. Selamat mengundi........!!!

No comments:

Post a Comment