Wednesday, 1 May 2013

PRU13: Utamakan Melayu-Islam

Atas dasar kepentingan Melayu-Islam, MatMerapu terpanggil dan berharap serta merayu sebagai "hamba Allah" kepada seluruh pemilih berdaftar Melayu-Islam untuk memberi sokongan kepada calon PAS dan UMNO berbanding calon PKR dan DAP. PKR lebih mengutamakan Anwar untuk dijadikan PM. PKR terang-terang penyokong kuat DAP walaupun DAP amat ketara menentang kepentingan Melayu dan kesucian Islam. Jika anda seorang pengundi Melayu-Islam, adakah anda rela bersubahat dengan PKR dan DAP untuk menghancurkan Islam hanya semata-mata kerana politik......!!!??? Bagi DAP, menghancurkan Melayu-Islam adalah agenda utama mereka. DAP lebih utamakan Kristian daripada segalanya. PKR lebih bersifat tamak kuasa Ketuanya yang ingin jadi PM, sebab itulah PKR sanggup menggadai Melayu-Islam. Sebaliknya, UMNO dan PAS agak seimbang antara "dunia dan akhirat". Apabila kesucian agama Islam tercabar, MatMerapu amat yakin......hanya UMNO dan PAS akan segera bangun untuk mempertahankannya. Mana mungkin pengundi Melayu-Islam menaruh harapan kepada DAP dan PKR untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan keagungan Islam??? DAP sudah sah kafir manakala PKR pula bersekongkol dengan "kafir" (DAP) hingga sanggup memfitnah UMNO dan memperalat serta memperkudakan PAS. Sempena PRU13 dan hari pembuangan undi pada 5 Mei (Ahad) ini, MatMerapu rasa bahawa adalah lebih afdal untuk kita memberi undi kita kepada UMNO dan PAS demi Melayu-Islam. Undi kita kepada PAS sesungguhnya dipandang sebagai tindakan mulia dan diredhaiNya....Insya'Allah!!! Selamat Mengundi dan utamakanlah Melayu-Islam.....Amiiiinnn!!!!

No comments:

Post a Comment