Wednesday 1 May 2013

PAS Seteru DAP dan Kuda PKR.........!!!

PAS boleh lupakan mimpi di siang harinya untuk dapatkan sokongan undi daripada pengikut dan penyokong DAP serta PKR. DAP secara terangan menyeru ahli dan penyokongnya di peringkat akar umbi agar tidak menyokong PAS. Manakala PKR pula mengharapkan undi 'orang PAS' untuk menang di kerusi mereka tandingi, yang 'orang PAS' tidak tahu dan sedar......PKR menyokong penuh pendirian dan perjuangan DAP yang tidak mahu PAS membentuk "Negara Islam". Ini dapat dibuktikan dengan cara PKR menyokong DAP dalam isu Kalimah Allah, mereka memutarbelitkan kenyataan pendirian PAS mengenai Kalimah Allah. Pendek kata, PAS sentiasa dalam kerugian bersama DAP dan PKR. Namun, DAP dan PKR memerlukan sokongan PAS untuk menang. Apakah PAS tidak sedar bahawa mereka boleh menang walaupun tanpa sokongan ahli DAP dan PKR. Meninjau video seks Mustapha Ali pula.....PAS perlu sedar bahawa ianya satu konspirasi PKR dan DAP untuk menjejaskan peluang kemenangan calon PAS pada PRU13 ini. PKR lah "dalang" sebenar dalam isu rakaman dan penyebaran video seks tersebut dan bukannya fitnah UMNO. PKR ini ibarat "jari telunjuk lurus tapi kelengkeng bertaut". Semua ahli, pengikut dan penyokong PAS perlu segera bangkit dan bertindak untuk tidak memberi undi kepada DAP dan PKR......sebagai hukuman dunia yang sanggup menipu PAS. Hukuman ini penting kerana DAP dan PKR terlalu biadab terhadap PAS. Malah PKR yang disokong DAP akan cuba sedaya upaya untuk menidakkan PAS bukan sahaja sebagai calon Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri malah DAP dan PKR juga dijangka menafikan jawatan Kabinet kepada PAS. Apakah anda sebagai pengikut dan penyokong PAS rela melihat PAS dicucuk hidung oleh DAP dan diperkudakan oleh PKR??? Kepada seluruh kaum Melayu dan umat Islam yang bakal keluar mengundi pada 5 Mei ini untuk Tidak memberi undi kepada DAP dan PKR demi memartabatkan kepentingan Melayu dan Islam. Jika di kawasan di mana hanya calon DAP atau PKR yang bertanding menentang BN, adalah lebih baik dan mulia untuk anda sebagai Melayu-Islam memberikan undi kepada UMNO........!!!

No comments:

Post a Comment