Tuesday 7 May 2013

PRU13: Kemampuan UMNO Terserlah!!!

Kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi. Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. Dato' Sri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara. Tsunami politik kaum Cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihan raya yang sangat jelas bahawa kaum Cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada PP.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi Cina 88%, Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting. Sangat jelas terasa sokongan Cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman yang sering ditiup oleh DAP. Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi majoriti pengundi Cina atau marginal, kebanyakan kawasan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang bukan Melayu. Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan MatMerapu mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu. Jika dikaji secara lebih terperinci, lihatlah demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali. PP menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS (satu kerusi sahaja).UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu dari PAS atau PKR. Sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .Kata-kata Perdana Menteri sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU13 yang bakal mengundang bahaya jika tidak ditangani dengan segera serta secara bijaksana oleh kerajaan BN pimpinan UMNO.

No comments:

Post a Comment