Wednesday, 8 May 2013
Perhimpunan Haram Kemarahan Rakyat.........!!!
Pihak PDRM mennyifatkan bahawa satu perhimpunan yang dilaksanakan pada malam 8 Mei merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
Penganjur (Pakatan Pembangkang) sepatutnya perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang.
Penganjur perhimpunan dilihat telah gagal mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran Ketua Polis Daerah berkenaan.
Selain itu,pihak polis juga difahamkan akan bertindak terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetus provokasi bersifat perkauman susulan PRU13 bagi mengelak sebarang pergaduhan atau keadaan huru-hara.
Janganlah cuba timbulkan huru-hara dengan menghasut di laman sosial dengan isu perkauman dan provokasi. Sebarang insiden perkauman hanya akan merugikan rakyat dan negara.
MatMerapu menyeru kepada pemilik laman sosial supaya tidak membangkitkan kemarahan, termasuk menyebarkan dakwaan berhubung pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus ketika proses penjumlahan undi.
Sebenarnya, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang dilaporkan di laman sosial, seperti (yang dikatakan berlaku) di pusat penjumlahan undi di Bentong. Tindakan ini tidak ubah seperti provokasi.
Ada juga pihak tertentu yang mendakwa polis terlibat membawa pengundi hantu semasa PRU13,tuduhan ini tidak berasas serta bertujuan hanya untuk memburukkan imej polis. Tuduhan ini amat tidak munasabah.
Pakatan Pembangkang (PP) hendaklah menerima realiti bahawa mereka tidak berupaya menawan Putrajaya. Terimalah kekalahan ini dan janganlah menganjurkan sebarang perhimpunan haram atau aman lagi kerana ianya tidak dapat mengubah keputusan rakyat pada PRU13. Rakyat adalah diseru agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh PP demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment