Tuesday, 14 May 2013
Anwar: Propaganda Makan Diri........!!!
Secara rasminya pada 14 Mei 2013,Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan penuh dari Presiden PKR,Wan Azizah Wan Ismail telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus melengkapkan senarai tiga buah negeri dikuasai Pakatan Pembangkang(PP) selesai upacara angkat sumpah untuk jawatan MB dan KM.Selain mengekalkan penguasaan di Selangor,PP juga menguasai kembali Pulau Pinang dan Kelantan serta turut meraih pencapaian lebih baik di Johor,Terengganu dan Sarawak.PP turut mencatat prestasi lebih baik di peringkat Parlimen apabila menawan 89 kerusi Parlimen berbanding 82 sahaja pada PRU12.
Kerajaan PAS Kelantan selesai mengangkat sumpah untuk jawatan MB dan EXCO pada 6 Mei sementara Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng selesai upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua pada 7 Mei.Namun di sebalik kejayaan itu,ramai rakyat Malaysia khususnya penduduk Selangor tertanya-tanya apa pula perlunya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpin PP sibuk menjelajah seluruh negara menghasut penyokong PP supaya menolak keputusan PRU13 kononnya kerana wujud unsur penipuan oleh SPR.Antara propaganda yang dimainkan ialah wujud pengundian melibatkan warga asing, blackout semasa pengiraan undi,dakwat kekal yang mudah luntur,ketidakadilan SPR serta pelbagai lagi tohmahan yang semuanya menjurus kepada penolakan mereka terhadap keputusan PRU13.
Menolak keputusan PRU13 atas apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, ia sama seperti tidak mengiktiraf ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.Peliknya,dalam beriya-iya mereka menuduh itu dan ini terhadap SPR di masa yang sama mereka meraikan pula kejayaan mereka mengekalkan penguasaan di tiga buah negeri serta berbangga dengan kejayaan meraih 89 kerusi Parlimen sambil menyebarkan pula propaganda bahawa BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia. Jika tohmahan Anwar dan pemimpin PP yang lain dijadikan sandaran, bukankah itu bermakna perlantikan Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal kedua sama seperti satu pengiktirafan terhadap penipuan dan ketidaktelusan yang dikatakan wujud dalam PRU13.
Ini juga bermaksud Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan haram kerana ditegakkan hasil dari penipuan kerana yang mengumumkan kemenangan mereka ialah SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya di seluruh negara??? Di lihat dari pelbagai sudut sekali pun,jelas tohmahan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya berhubung PRU13 langsung tidak berasas.Sekarang Anwar tersepit bila mana propaganda yang dimainkannya tidak selaras dengan realiti semasa di mana PP turut meraih keuntungan hasil dari proses pilihan raya kendalian SPR.Jika Anwar benar yakin wujud penipuan, ketidakadilan atau berlakunya penyelewengan dalam keputusan PRU13, sepatutnya dari awal lagi Ketua Umum PKR itu menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai PP dari mengangkat sumpah. Ternyata segala pembohongan dan fitnah Anwar terhadap SPR kini ibarat "Propaganda Makan Diri"......!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment