Tuesday 7 May 2013

Menteri Besar Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim perlu sekeras-kerasnya mempertahankan jawatan beliau sebagai MB Selangor kerana kemenangan Pakatan Pembangkang (PP) pada PRU13 di Selangor adalah berpunca daripada kecekapan dan keupayaan beliau mentadbir negeri Selangor dengan baik malah diterima rakyat. Rakyat Selangor sudah selesa dan amat menerima corak pemerintahan beliau. Sebarang cubaan untuk menggantikan beliau akan memberi impak negatif kepada PP pada PRU14 kelak malah berkemungkinan beralih kuasa kepada BN. Selangor belum lagi melaksanakan majlis 'Angkat Sumpah' ekoran adanya perebutan ADUN PAS dan PKR sendiri khususnya Azmin Ali yang beria-ia untuk menolak Tan Sri Khalid daripada kerusi MB Selangor. Khalid perlu tegas dan menghalang sebarang cubaan "rampasan kuasa" dari dalam PP. Pengundi Cina juga amat menyenangi dengan keperibadian, ketokohan dan corak pemerintahan beliau. Jika Khalid ditolak dari kerusinya, MatMerapu berharap agar Tan Sri Khalid dan ADUN PKR yang menyokong beliau untuk ramai-ramai meninggalkan PP. Semoga Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor......!!! Insya'Allah.

No comments:

Post a Comment