Thursday 2 May 2013

Saiful Bukhari: Sumpah Laknat Depan Kaabah

Kepada pengundi terutama pengikut dan penyokong PKR yang masih ragu-ragu dan menuduh bermacam-macam mengenai sumpah laknat atau Muhabalah oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjlid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim, sudah tentu tahu apa akibatnya jika sumpah laknat depan Kaabah tersebut tidak benar. Bagi orang Islam, selain sumpah laknat depan Al Quran, bersumpah depan Kaabah bukanlah sesuatu boleh buat main-main kerana kesannya amat besar jika sesiapa yang bersumpah laknat tetapi kandungannya dusta. Namun, Saiful sanggup berdepan risiko itu dengan bersumpah laknat kali kedua di depan Kaabah di Mekah. Ia dilakukannya pada 9 April 2010 bagi membuktikan memang benar beliau diliwat Anwar – sama seperti sumpah laknat pertamanya pada 2008. Rakaman sumpah menggunakan telefon bimbit itu ditunjukkan kepada wartawan dalam sidang media Saiful Bukhari yang ditemani peguamnya Zamri Idrus di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur. Keputusannya menyiarkan rakaman sumpah laknat itu bagi membuktikan kata-katanya bahawa beliau memang sudah diliwat Anwar dan sekaligus membersihkan namanya dan keluarga dari apa jua tohmahan. Saiful yakin lafaz sumpah di hadapan Baitullah bukan sesuatu yang boleh dipermainkan kerana besar kesan dan akibatnya jika ianya satu dusta. Beliau turut mempersoal Ketua Pembangkang itu yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwatnya kerana hingga sekarang tidak berani bersumpah laknat. Saiful sudah dua kali bersumpah laknat termasuk depan pintu Kaabah namun Anwar masih enggan bersumpah untuk menafikan beliau pernah meliwat Saiful sama ada di masjid ataupun bersumpah di mahkamah. Saiful percaya Anwar tidak berani bersumpah di hadapan sesiapa pun atau di mana juga malah akan terus berdolak dalih dengan penafian kosong atau terus melarikan diri daripada sumpah laknat. Bekas pembantu Anwar itu mengakui selepas melafazkan sumpah berkenaan, beliau berasa seperti hilang segala tekanan dan beban yang sedang dipikul serta berasa lebih yakin dan berani. Saiful turut menyingkap kembali tindakan sumpah laknat pertama pada 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan. Bermubahalah itu bukan idea beliau tetapi disaran oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin beberapa hari selepas beliau membuat laporan polis diliwat Anwar. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sokong tetapi selepas beliau bersumpah, Tok Guru Nik Aziz bercakap lain pula. Menurut Saiful, selepas saranan itu pada 7 Julai, beliau mempelawa Anwar untuk bermuhabalah tetapi pemimpin PKR itu terus berdolak dalih memaksa Saiful melakukannya sendiri bagi mempertahankan kebenarannya pada 15 Ogos 2008. Beliau juga berharap dengan rakaman sumpah di depan Kaabah itu, tidak ada lagi pihak mendakwa pengakuannya diliwat Anwar sebagai satu konspirasi atau fitnah politik UMNO. Saiful turut menegaskan bahawa beliau tetap berpegang teguh dengan pendiriannya. Saiful juga percaya lelaki yang terbabit dalam video bersama pelacur Cina dan hubungan intim dengan seorang lelaki lain adalah Anwar. Saiful sekali lagi menegaskan akan terus bersabar dan itiqamah untuk berdepan kesnya di Mahkamah Rayuan Julai nanti. MatMerapu yakin akan kesahihan pengakuan Saiful bahawa beliau diliwat oleh Anwar kerana sebagai seorang Islam, bersumpah laknat di depan Kaabah bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan bahan mainan atau propaganda politik. Kepada pemilih berdaftar beragama Islam.....Relakah anda menyokong Anwar yang tidak berani bersumpah laknat???

No comments:

Post a Comment